CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 9, 2010

TIPS DARI DR FADZILAH KAMSAH

Tatacara makan & minum
============ =========
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish &
Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,
vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner
yang akandiperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan..

Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,
perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan
saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan
berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at
8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner
around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana
boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
============ ===
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and
senang buang air besar
Tatacara didik anak
============ ====
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh
kiri)akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and
otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or
jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak

Tatacara didik diri sendiri
============ ========
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar
21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu
itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit
cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu
sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik
daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti
semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk
daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita
kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk
mendidik
diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,
terlalu!
So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's
last
sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on
that day) shall pass on his words to others, and those to others
again; and
may the last ones understand his words better that those who listen
to him
directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. ..........., kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung "

ALERT - BE CAREFUL OF FREE KEY CHAINS

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Tidak."

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu ."

Kemudian Jibrail as berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud, "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?."

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

*Kalau rajin... tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.