CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 28, 2009

DOA BERPAKAIAN


DOA MEMAKAI PAKAIAN


   

Maksudnya : “ Segala puji bagi Allah yang telah memakaikanku pakaian ini dan telah
mengurniakannya kepadaku, padahal tanpa daya dan upaya daripadaku.”


Riwayat Ahl al-Sunan,Kecuali al-Nasa’iy.Lihat : Irwa’ al-Ghalil, 7:47.

DOA MEMAKAI PAKAIAN BARU



Maksudnya: “ Ya Allah , bagi engkau segala pujian.Engkaulah yang memakaikan
pakaian ini kepadaku.Aku memohon kepada-Mu daripada kebaikannya dan kebaikan
yang dibuat baginya .Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan
kejahatan yang dibuat baginya.”


Riwayat Abu Dawud,al-Tirmizi dan al-Baghawiy.Lihat al-Albaniy,Mukhtasar Shama’il al-Tirmizi, hlm 47.



Sumber:
Abdul Halim bin Hj Badray
Unit Istinbat
Jabatan Mufti Negeri Perak.

Memori 1







Monday, April 27, 2009

1B2A3A


Ahla Amani & Ahmad Asfa Abid

MODEL PEMAIN BOLASEPAK



Yang disebelah kiri adalah bakal pemain bolasepak yang belum sempat ditaja oleh mana-mana penaja dan yang disebelah kanan pula bakal pemain bolasepak wanita.(Dua orang anakku yang sangat berminat dengan bola. Atifi 4 tahun dan Ahla Amani 6 tahun).

DOA MELIHAT CERMIN

اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN



Sunday, April 26, 2009

NASI AYAM LEBANON

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam


Cara-cara
•Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. .Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
•Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
•Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
•Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
•Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
•Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
•Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.

DOA SUPAYA MENJADI ORANG YANG SABAR

DOA SUPAYA MENJADI ORANG YANG SABAR


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)



رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ


"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A’raaf : 126)

DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"(Al-Baqarah : 201)

SOLAT PENDINDING



Solat Adalah
Pemelihara, Pendinding Dan Penyelamat
Di Hari Akhirat



من حافظ عليها كانت له نورا
وبرهانا ونجاة يوم القيامة
ومن لم يحافظ عليها
لم يكن له نور ولا برهان ولانجاة

Sesiapa memelihara solatnya
Nescaya solatnya akan menjadi cahaya,
pelindung dan penyelamat baginya
Di hari qiamat.

Sesiapa yang tidak memelihara solat,
Dia tidak ada cahaya,
pelindung dan penyelamat.


-Hadis Riwayat Ibnu Hibban-

SOLAT TIANG AGAMA



الصلاة عماد الدين,
فمن أقامها فقد أقام الدين,
ومن تركها فقد هدم الدين.




Solat itu tiang agama.
Sesiapa yang mendirikan solat
Sesungguhnya dia telah menegakkan agama.
Sesiapa yang meninggalkan solat
Sesungguhnya dia telah merobohkan agama

Kursus TMK 2M(Portfolio)-SMKDJH2005

Friday, April 24, 2009

MUTIARA KATA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PEMIMPIN & PENGURUS

Mereka umpama tangan kiri dan kanan
Pemimpin menentukan, pengurus melaksanakan.
Setelah ditentukan ‘apa’ & ‘mengapa’
Barulah diuruskan ‘bagaimana’ dan ‘bila’?

NIAT & MATLAMAT

Niat mengawal langkah ke arah yang tepat
Matlamat menjamin langkah agar sentiasa kuat.
Berhati-hatilah dengan mukaddimah
Kerana ia berupaya menentukan natijah.

MISI & REALITI

Fikiran menukar imaginasi menjadi visi
Hati menterjemah visi menjadi misi
Usaha menggerak misi mencipta realiti
Kecemerlangan – sinergi hati, akal dan emosi.

RISIKO & KEUNTUNGAN

Siapa yang tidak sanggup menanggung kepahitan
Tidak akan dapat merasai kemanisan.
Tak kan terjangkau rahsia lautan
Jika pelayar gentar meninggal daratan.

MERUNTUH & MEMBINA

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu ejekan sudah cukup menimbulkan rasa benci
Membina mengambil masa
Meruntuh sekelip mata

PERBEZAAN & KEKUATAN

Perbezaan umpama jari-jari tangan
yang besar, kecil, pendek dan panjang
Sama-sama memberi kekuatan
…untuk menggenggam kejayaan.

TELINGA & MULUT

Tuhan jadikan dua telinga, dua tangan … satu mulut
Agar kita lebih mendengar dari bercakap
Banyak beramal …
Kurang mengumpat.

IBADAT & KHIDMAT

Kesenangan pada hemat dan berkat
Ketenangan pada ibadat dan khidmat
Untung dunia, untung akhirat
Akrab dengan tuhan, rapat sesama insan.

NIKMAT & RAHMAT

Sedikit yang mengingatkan
Lebih baik dari banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat
Mengundang limpahan rahmat

CHILDREN LEARN FROM WHAT

If a child lives with critism,
He learns to condem.

If a child lives with hostility,
He learns to fight.

If a child lives with ridicule,
He learns to be shy.

If a child lives with shame,
He learns to feel guilty.

If a child lives with encouragement,
He learns confidence.

If a child lives with praises,
He learns to appreciate.

If a child lives with approval,
He learns to like himself.

If a child lives with tolerance,
He learns to be patient.

If a child lives with security,
He learns to have faith.

If a child lives with fairness,
He learns justice

If a child lives with acceptance and friendship
He learns to find love in this world

SUSHI




Bahan-bahannya
3 1/3 cawan beras untuk membuat sushi, ada dijual dipasaraya (berasnya pendek dan putih)
4 cawan air
5 sudu besar + 1 sudu besar cuka beras atau cuka biasa pun boleh
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket rumpai laut nori
soya sauce dan wasabi secukupnya
tikar untuk menggulung sushi-maki
dulang plastic besar
senduk nasi plastik

* jangan menggunakan peralatan logam seperti senduk, atau periuk kerana ini akan menjejas rasa nasi sushi itu bila digaul dengan cuka
Inti untuk Sushi
1 batang timun, dikupas kulitnya, dibuat hatinya dan dipotong panjang (strips)
dan rendam dalam air bersama secubit garam, angkat dan toskan bila tiba masa untuk menggunakan
2 sudu besar halia jeruk merah (ada jual di pasaraya dalam botol yang telah dijerukkan)
1 paket kecil jeruk lobak putih (ada jual di pasaraya juga)
2 biji telur dipukul dengan sedikit gula dan didadar, kemudian potong panjang (strips)
crab filaments (alah isi ketam yang ciplak tu)
avocado
mayonnaise
tuna


Cara-caranya
Gunakan periuk nasi, cuci bersih beras dan kemudian isikan bersama sukatan air. Dan masak macam masak nasi biasa.

Sambil nasi sushi masak, campurkan gula, garam dan cuka dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil.

Kemudian masukkan periuk itu kedalam mangkuk yang berisi air batu dan air sejuk, supaya ia campuran cuka cepat sejuk, supaya rasa sushi sedap.

Bila nasi sushi dah masak, angkat dan kemudian spread atas dulang plastik menggunakan senduk plastik ataupun kayu,

Jangan guna senduk logam nanti rasa dia tak sedap (chemical reaction dari cuka).

Cara yang paling sedap jika gunakan kukusan buluh tersebut spread nasi yang telah masak tu diatas buluh.

Kemudian renjiskan air cuka sedikit dan kemudian digaul dan kemudian spread lagi.

Air cuka jangan dituang semua agak-agak sebab kalau letak semua takut nasi nanti lembik tak sedap.

Pada masa yang sama kipas kena pasang kat sebelah nasi tu jadi dia cepat sejuk. Untuk mengelakkan nasi sushi kering letakkan didalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Nasi sushi mesti digunakan dan dimakan pada hari itu juga. Tak boleh simpan.

Timun yang telah ditoskan digaul dengan sedikit garam dan kemudian diketepikan.

Letak tikar penggulung sushi diatas meja.

Panggang kepingan rumpai laut, bahagian berkilat diatas api untuk beberapa saat, macam kita layukan daun pisang.

Letakkan kepingan rumpai laut diatas tikar penggulung dan letakkan 2-3 sudu besar nasi.

Ditengah nasi boleh kita isikan inti ikut citarasa, jeruk lobak putih, telur dadar dll. Angkat hujung tikar dan gulung sehingga habis. Gulungan sushi harus cantik dan ketat dan inti berada ditengah. Menggunakan pisau potong sushi lebar 1 1/2 inci dan atur atas pinggang. Hidangkan bersama soya sauce dan wasabi.

Untuk membuat California Sushi Roll, gunakan avocado, crab filament, timun dan mayonnaise sebagai inti. Dan roll sushi ini macam cone ice cream. Inti sushi boleh diubah suai mengikut citarasa anda dan keluarga. Selamat mencuba.

Nasi sushi juga boleh digunakan untuk membuat Nigiri Sushi. Dimana kita kepal bulat dan lonjongkan sikit dengan tangan kemudian letak sedikit pes wasabi dan kita letak isi ikan tuna yang dihiris setebal 1 sm dan sebagainya.


Bahan-bahan ( 5 orang )
•1/2 kg beras jepun
•cuka (utk sushi)
•3 biji telur
•1 batang timun
•lettuce
•udang
•5 helai seaweed
•mayonis
•bamboo mat

note: isi dalam bole diganti dgn tuna, ikan salmon dll mengikut citarasa masing2.


Cara-cara
1.Masak beras jepun seperti masak nasi biasa.
2.Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dgn cuka rata2.biarkan nasi sejuk..


3.Udang direbus dan dibuang kulit nya.

4.Telur dipukul sekejap dgn sudu dan goreng dgn sedikit minyak.bila dah masak, potong telur panjang2.

5.Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. lettuce dibersih dan potong besar2(sehelai lettuce potong dua.)

6.Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.
7.Kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang. akhir sekali masukkan mayonis.

8.Gulung makizushi tersebut padat2.
9.Potong makizushi seperti gambar di atas. siap utk dihidang.
10.*** siapa yg takde cuka jepun boleh modify cuka biasa. sukatan nyer ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dgn nasi sushi.

Thursday, April 23, 2009

DOA PENDINDING MALAIKAT JIBRIL

RUQYAH JIBRIL




Daku berlindung dengan Zat ALLAH Yang Maha Mulia, dan dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna yang tidak boleh dilepasi oleh orang yang baik mahupun orang yang jahat,daripada kejahatan segala makhluk yang turun dari langit dan daripada kejahatan segala makhluk yang naik ke langit, dan dari kejahatan makhluk yang tercipta di bumi, dan dari kejahatan makhluk yang keluar dari bumi, dan dari kejahatan fitnah (cubaan) yang berlaku pada malam.

Sumber:Doa Imam Al-Ghazali antara amalan Tok Kenali

NASI AYAM HAKKA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
2 tin susu BERAS
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
•Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
•Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
•Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
•Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
•Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
•Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
•Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara
•Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
•Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
•Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

NASI AYAM BERMADU

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
•Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
•Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
•Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
•Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

NASI AL-AMBRA

Bahan-Bahan
Untuk 6 hidangan

Bahan A:
1 kg beras basmati(dicuci & direndam selama 30 minit)
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3 sdm minyak kacang
1/2 cawan susu rendah lemak
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 sm halia (dikisar)
1.5 liter air
1 sdt garam

Bahan B:
500 g lobak merah(dicuci bersih & dipotong dadu)
400 g kacang buncis (dihiris halus)
500 g daging lembu tanpa lemak (dikisar)
3 biji putih telur
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada hitam


Cara Cara
Bahan A:
•Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga sehingga wangi.
•Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
•Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga tanak.

Bahan B:
•Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
•Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam, lada hitam dan putih telur.
•Kacau sehingga rata.
•Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.



Bahan-bahan untuk salad:
7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi


Cara-cara:
•Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.

Pepatah

Anak gadis dinikahkan kalau yang melamarnya sepadan.

Tidak akan bersemayam dalam hati seorang mukmin: cinta dunia dan cinta akhirat.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Jangan melakukan pekerjaan yang tidak ada manfaatnya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Jangan bermusyawarah dalam urusan Anda, kecuali dengan orang-orang yang takut kepada Allah.

Empat faktor yang menyebabkan seorang layak menjadi pemimpin, yakni adabnya, kejujurannya, harga dirinya dan amanahnya.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya balas dendam.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Hak (kebenaran) ialah penolong yang paling kuat dan shidiq (benar dan jujur) adalah kawan yang paling utama.

Tiga hal yang paling baik: agama, harta dan akhlak yang mulia.

Barangsiapa banyak kezaliman dan permusuhannya, maka telah dekat kebinasaannya.
Keadilan adalah pasukan tentara yang paling kuat.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Arahkan harapanmu kepada orang-orang yang disenangi hatimu.

Bergaullah antara kamu sebagai saudara dan berhubunganlah (perdagangan) sebagai orang asing.

Bebaskan lehermu dari belenggu perbudakan di akhirat, sesungguhnya tawanan di akhirat tidak akan dibebaskan sama sekali.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Mentaati hak adalah kebajikan, dan mengingkari kebatilan adalah kebajikan yang lebih besar.

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan khusus (peribadi) akan berubah menjadi putus asa.

Seorang yang kamil (sempurna) ialah yang bisa dihitung kesalahan-kesalahannya.

Segala macam hubungan pasti berakhir kecuali hubungan dengan Allah atau karena Allah.

Tiap-tiap orang alim pasti ada kesalahannya.

Barang siapa mengikuti hawa nafsunya maka dia menjual agamanya dengan dunianya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Ilmu yang bermanfaat menuntut kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan.

Perkiraan seorang yang berakal lebih baik dari keyakinan seorang jahil.

PERSAUDARAAN ISLAM


المسلم أخو المسلم
لا يظلمه ولا يخذله ولا يحقره ولا يكذبه
التقوى ههنا
ويشير بيده إلى صدره ثلاث مرات
بحسب امرىء من الشر أن يحقر أخاه المسلم
كل المسلم على المسلم
حرام دمه وماله وعرضه


Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,
Tidak boleh menganiayanya, Merendah-rendahkan kedudukannya,
Menghina, Atau Mendustakannya.
Taqwa berada di sini,
Sambil baginda mensyaratkan ke dadanya – disebutkannya 3X
Memadailah seseorang manusia itu dikira telah berbuat jahat
Dengan menghina saudaranya yang muslim.
Setiap muslim terhadap muslim yang lain,
haram darahnya, hartanya dan kehormatan dirinya.

أنصر أخاك ظالما أو مظلوما,
فقال رجل : ننصره إذا كان مظلوما
فكيف ننصره ظالما؟
قال صلى الله عليه وسلم : تمنعه من الظلم
فذلك نصرة له


Bantulah saudara-mu
Apabila ia menjadi orang yang menganiayai atau orang yang teraniaya.

Seorang sahabat bertanya :
"Kita memang membantunya jika ia menjadi orang yang teraniaya,
Tetapi bagaimana pula boleh kita membantunya,
jika ia menjadi orang yang menganiayai?"

Jawab Nabi S.A.W. :-
"Kita melarangnya dari menganiayai orang lain,
Itulah bererti kita membantunya."

MEMILIH SAHABAT


المرء على دين خليله,
فلينظر احدكم من يخالل

Seseorang itu mengikut cara hidup sahabatnya,
oleh itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu
siapakah yang patut dijadikan sahabat.


الجار قبل الدار, والرفيق قبل الطريق.

Perhatikanlah jiran sebelum mendirikan rumah,
Dan pilihlah kawan sebelum bepergian.


MENGAPA KITA PERLU MEMILIH SAHABAT.


الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو الا المتقين

Teman-teman karib pada hari itu
sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertaqwa.

[ Surah az-Zuhruf : Ayat 67 ]


ما من صاحب يصحب صاحبا ولو ساعة من نهار إلا سئل عن صحبته يوم القيامة هل أقام فيها حق الله أو أضاعه

Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain,
walaupun sekejap masa sekalipun,
melainkan ia akan ditanya tentang persahabatannya di hari qiamat,
apakah ia telah menunaikan hak persahabatannya itu dengan baik,
atau ia telah mensia-siakannya.


PANDUAN MEMILIH KAWAN
BIDAYATUL HIDAYAH OLEH IMAM AL-GHAZALI


1. Hendaklah berkawan dengan orang yang memiliki akal fikiran yang waras. Dan jangan berkawan dengan orang yang mempunyai akal yang lemah, jahil dan lagi bodoh. Kerana orang yang bodoh akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati kita.


2. Hendaklah berkawan dengan orang yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan akhlak yang mulia lagi terpuji. Jangan berkawan dengan orang yang jahat, keji, hina lagi dihinakan.


3. Hendaklah berkawan dengan orang yang mempunyai perjalanan hidup yang baik, mengerjakan amal soleh. Jangan berkawan dengan orang yang fasiq, yang selalu mengerjakan dosa besar, tidak takut kepada Allah. Kerana dia akan menghilangkan kebencian kita terhadap maksiat dan kita merasa ringan memandang maksiat.


4. Hendaklah berkawan dengan orang yang tidak menggantungkan hidupnya dengan dunia. Jangan berkawan dengan orang yang tamakkan dunia. Kerana orang yang tamak akan menambah tamak kita terhadap dunia.


5. Hendaklah berkawan dengan orang yang bercakap benar. Jangan berkawan dengan orang yang pendusta, suka berbohong. Kerana orang yang berbohong, dia akan menipu kita.



MENGENALI CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK.


Alqamah telah menghimpunkan Ciri-Ciri sahabat yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika hendak mati. Alqamah berkata kepada anaknya : Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah memilih teman-teman yang memiliki sifat-sifat yang berikut :-


1. Jika kamu berbakti kepadanya,
Dia akan melindungi kamu.

2. Jika kamu ditimpa bencana,
Dia akan melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan
meringankan kesusahan kamu.

3. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
Dia akan menerima dengan baik.

4. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan atau kebaikan daripada kamu, Dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

5. Jika kamu berkata kepadanya,
Dia akan membenarkan kata-kata kamu.

6. Jika kamu merancangkan sesuatu,
Dia akan membantu kamu dengan memberi pandangannya.

7. Jika kamu berselisih faham dengannya,
Dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatannya
dengan kamu.

8. Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya,
Dia akan membalas baik persahabatan kamu itu.

9. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya,
Dia akan membantu kamu.

10. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan daripadanya,
Dia akan segera mengusahakannya.

11. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya,
Dia akan menanyakan kesusahan kamu.

12. Jika kamu bersahabat dengannya,
Maka akan bertambah ilmu dan amal kamu terhadap Allah.

HAK SAHABAT


من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا
نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
ومن يسر على معسر
يسره الله عليه فى الدنيا والآخرة
ومن ستر مسلما
ستره الله فى الدنيا والآخرة
والله فى عون العبد
مادام العبد فى عون أخيه


Sesiapa melepaskan seorang muslim suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan dunia,
Nescaya Allah akan melepaskannya suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan hari qiamat.

Sesiapa yang meringankan suatu kesempitan seseorang,
Nescaya Allah akan meringankan kesempitannya di dunia dan akhirat.

Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim,
Nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.

Allah sentiasa bersedia untuk membantu hambanya,
Selama hamba itu sentiasa bersedia untuk membantu saudaranya.


من كان فى حاجة أخيه
كان الله فى حاجته

Sesiapa sentiasa mengambil berat tentang keperluan saudaranya,
Nescaya Allah sentiasa mengambil berat terhadap keperluannya.

Wednesday, April 22, 2009

Hukum Cabut Bulu Kening

Oleh : Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya. Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

Jawapan:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

(riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)


Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Saturday, April 18, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW................

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - yang bermaksud peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Rasulullah SAW mengucapkan "Ummatii, ummatii, ummatiii" - yang bermaksud "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya "Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi" seperti Betapa cintanya Rasulullah kepada kita?

Saturday, April 11, 2009

PEPATAH 1

Berikanlah hatimu kepada seluruh manusia,
niscaya mereka memberikan hati mereka sepenuhnya kepadamu.



Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.


Makanlah sesuai selera Anda dan berpakaianlah sesuai selera orang lain.



Barangsiapa membiasakan dirinya melakukan sesuatu, maka ia akan terbiasa melakukannya.


Berbakti kepada kedua orang tua menyebabkan kebahagiaan.

DOA MESYUARAT



Ya ALLAH, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu.
Ya ALLAH, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami kepadaMu.

BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

* Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

* Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

* Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.

* Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

* Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

* Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

* Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

* Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.

* Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:

i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

ii. Ketika Lailatulqadar.

iii. Hari Arafah.

iv. Di bulan Ramadhan.

v. Hari dan malam Jummat.

vi. Di antara azan dan iqamah.

vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.

viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.

xi. Ketika mendengar kokokan ayam.

x. Ketika waktu hujan.

xi. Ketika meminum air Zam-Zam.

xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.

xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan".

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tuesday, April 7, 2009

RENUNGAN SEPINTAS

KESUNGGUHAN IBLIS UNTUK MENYESATKAN MANUSIA

“ ….. Ya Tuhanku, demi kemuliaan Mu aku bersungguh-subgguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabi Mu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah di tengahnya ....”


KEHAIRANAN IBLIS TERHADAP MANUSIA

“…..Ya Muhammad, sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam DUA perkara iaitu:

1. Mereka mengaku mencintai Allah s.a.w. tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perkara munkar.

2. Mereka sangat benci akan tabiat ku,tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasrat ku …….”

PEMBERIAN YANG BERBEZA

(Aduan dan permintaan iblis kepada Allah)

Bil. Perkara

1 Tempat tinggal
Manusia : Dalam rumah
Iblis : Dalam tandas


2 Tempat berkumpul
Manusia : Di masjid
Iblis : Di pasar, pesta, kelab malam,tempat hiburan, majlis maksiat

3 Alunan suara
Manusia : Bacaan Al Quran
Iblis : Syair atau senikata lagu (nyanyian)

4 Siaran atau seruan (panggilan)
Manusia : Azan dan Iqamah
Iblis : Seruling dan tiup-tiupan


5 Utusan (suruhan)
Manusia : Nabi dan rasul
Iblis : Bomoh, tabib dan dukun yang mensyirikkan Allah


6 Kitab bertulis
Manusia : Al Quran
Iblis : Gincu dan tatu

7 Perangkap
Manusia : Akhlak baik
Iblis : Wanita

8 Makan minum
Manusia : Halal, bersih serta menyebut nama Allah
Iblis : Kotor , memabukkan dan tidak menyebut nama Allah


9 Kalimah harapan
Manusia : Doa
Iblis : Jampi serapah


10 Cari sahabat
Manusia : Orang alim
Iblis : Tukang sihir

Sunday, April 5, 2009


DOA PEPERIKSAAN

Allahumma Ya Rahman Ya Rahi

Pada hari ini kami menadah tangan memohon padamu agar kami diberi kekuatan dan petunjuk agar kami terus taat beramal dengan perintahmu. Ya Allah. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , Rahmatilah kerja-kerja kami mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak kami akan menjadi anak-anak yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui anak-anak kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Berilah kejayaan pada anak-anak kami yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini,Berilah mereka ketenangan, berilah mereka hikmat dan jawapan yang bernas,Lancarkanlah tangan mereka dengan jawapan yang mantap
Ya Allah kurniakanlah Kepada mereka kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri merekai dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah merekai dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami yang telah menjaga dan mengasuh kami sejak kecil, dosa guru-guru kami yang tidak pernah jemu mendidik kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

DOA STAF

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini,Hari sabtu yang permai ini ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di dewan asrama putra ini, dalam majlis perkembangan staf kali ke 2 bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ