CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009

SEJARAH DOA ANGIN AHMAR

SUNDAY, MARCH 9, 2008

nuursyifa.blogspot.com

Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.


Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR 







Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…


Saturday, May 30, 2009

Penipuan iblis di syurga

UTUSAN MALAYSIA
BICARA AGAMA
ARKIB : 29/05/2009

IBLIS selalu berikhtiar untuk masuk ke dalam syurga kembali dan menggunakan tipu muslihatnya untuk memperdayakan Nabi Adam dan isterinya, Hawa.

Pada suatu ketika, iblis berjaya masuk ke dalam syurga lalu bertemu dengan Nabi Adam dan isterinya.

Iblis mula menggoda dan memujuk Nabi Adam dengan berkata, "Wahai Adam! Aku datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah engkau aku tunjukkan bahawa di sana itu ada sepohon pokok yang sangat enak dan lazat rasa buahnya?

Apabila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau akan dapat tinggal di dalam syurga ini buat selama-lamanya, dan syurga ini dapat engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tidak akan rosak buat selama-lamanya bagi engkau berdua."

Buah

"Buah apakah yang engkau maksudkan itu?' tanya Nabi Adam kepada iblis.

Iblis pun menunjukkan ke arah pokok khuldi yang dilarang oleh Allah untuk memakannya. Melihat isyarat iblis itu, tahulah Nabi Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan menyesatkannya. Lalu Nabi Adam berpaling dan menjauhkan dirinya daripada iblis itu.

Namun begitu, iblis masih tidak berputus asa. Ia mengambil kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan Adam dan isterinya.

Segera ia memujuk dengan mengatakan bahawa Allah melarang makan buah khuldi sekiranya Adam dan isterinya adalah malaikat. Tetapi mereka bukan malaikat, maka bolehlah mereka memakan buah tersebut.

Nabi Adam dan isterinya tidak menghiraukan pujukan halus iblis itu. Malah kedua-duanya berpaling dan menjauhkan diri daripada Iblis itu.

Iblis tetap tidak berputus asa. Walaupun ia gagal dalam usaha pertama dan kedua, tetapi ia tetap berusaha untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya sehinggalah dapat menyesatkan dan menggoda Nabi Adam dan isterinya, Hawa.

Iblis tahu bahawa salah satu kelemahan manusia ialah sering lupa. Iblis sentiasa menunggu suatu waktu apabila Adam dan isterinya akan terlupa dan memakan buah yang dilarang itu.

Monday, May 25, 2009

Best Deeds

It is narrated on the authority of Abdullah bin Mas'ood (may Allah be pleased with him), who observed: 
"I asked Allah's Messenger (may peace be upon him) which deed was the best." He (the Holy Prophet) replied: 'The Prayer at its appointed hour.' I (again) asked: "Then what?" He (the Holy Prophet) replied: 'Kindness to the parents.' I (again) asked: "Then what?" He replied: 'Earnest struggle (Jihad) in the cause of Allah.' I refrained from asking any more questions for fear of annoying him. (Sahih Muslim: 120)

Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) was asked about the best of deeds. He observed: "Belief in Allah." He (the inquirer) asked: 'What next?' He (the Holy Prophet) replied: "Jihad (struggle to the utmost) in the cause of Allah." He (the inquirer) again asked: 'What next?' He (the Holy Prophet) replied: "Pilgrimage accepted into the grace of the Lord." (Sahih Muslim: 118)

Abu Dharr (may Allah be pleased with him) reported that I asked the Messenger of Allah: "Which of the deeds is the best?" He (the Holy Prophet) replied: 'Belief in Allah and Jihad in His cause.' I again asked: "Who is the slave whose emancipation is the best?" He (the Holy Prophet) replied: 'One who is valuable for his master and whose price is high.' I asked: "What if I cannot afford to do it?" He (the Holy Prophet) replied: 'Help an artisan or make anything for the unskilled (laborer).' I (Abu Dharr) said: "O Messenger of Allah, you see that I am helpless in doing some of these deeds." He (the Holy Prophet) replied: 'Desist from doing mischief to the people. That is your own charity for your self.' 
(Sahih Muslim: 119)

SOME OF THE HUMAN QUALITIES ALLAH, THE ALMIGHTY LOVES 
"Say (O Muhammad to mankind): "If you (really) love Allah, then follow me (i.e. accept Islamic monotheism, follow the Quran and the Sunnah), Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." (Quran: 3:31)

Patience 
"And Allah loves as-Sabirun (the patient)." (Quran: 3:146)

Justice and Dealing with Equity 
"Be just: that is nearer to piety; and fear Allah." (Quran: 5:8)

Putting Trust in Allah 
"Certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)." (Quran: 3:159)

Perfection of One's Work 
The Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves that if one does a job he perfects it."

Rescuing 
Abu Ya ‘la Dailami and Ibn Asakir narrated: Abu Hurairah and Anas Ibn Malik said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves rescuing the one who needs rescue."

Being Kind and Gentle to Others 
Baihaqani narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah is kind and gentle (to others)."

Kindliness 
"Aisha narrated: The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves kindliness in all matters." (Bukhari)

Repentance 
"Truly, Allah loves those who turn unto him in repentance." (Quran: 2:222)

Piety 
"Verily, then Allah loves those who are al-Muttaqun (the pious)." 
(Quran: 3:76)

Good-doing 
"Truly, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers)." (Quran: 2:195)

Body Purification 
"And Allah loves those who make themselves clean and pure [ i.e. who clean their private parts with dust (which has the properties of soap) and water from urine and stools, after answering the call of nature]." (Quran: 9:108)

Humility of the Rich 
Muslim narrated: Sa'd Ibn Abi Waqqas said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves the believer who is pious and rich, but does not show off."

Belief and Work 
Al-Tabarani narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves the slave who believes and acquires a career (or work)."

Reflection of Allah's Grace 
Al-Tirmidhi narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves from amongst his slaves, the one who has a sense of zeal or honor."

Magnanimity 
Al-Hakim narrated: The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah is All-Generous and He loves generosity in sale, purchase and judgment."

Virtuosity 
The Messenger of Allah (peace be upon him) said: " Allah loves the slave-believer who is poor but virtuous enough to refrain from begging though he has many children." (Muslim and Ahmed)

Loftiness 
Al-Tabarani narrated: the Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves lofty matters and superiority and hates inferior matters."

Justice 
Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves that you be just toward your children even when kissing them." (Ibn Al-Najjar)

Strength 
Muslim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The strong believer is better and more loved by Allah than the weak one, but they are both good."

Love for the Sake of Allah 
Al-Tabarani, Ibn Ya'la, Ibn Hibban and Al-Hakim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "If two men love each other for the sake of Allah, the stronger in love to his brother will be more loved by Allah."

Forgiveness 
Ibn Iday narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah is All-Forgiving and He loves forgiveness."

Continuous Performance of Righteous Deeds 
Bukhari and Muslim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved deeds to Allah are the ones that are continuous even if they are not very many."

Loving and Visiting Believers 
Malik narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah said: My love is due to those who meet for My sake, visit one another and make any effort for My pleasure."

Exhortation and Advising 
Abdullah, the son of Imam Ahmed narrated: It was said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved slaves to Allah are those who exhort their slaves."

Love of Virtuous Deeds 
Ibn Abi Al-Dunya narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved slaves to Allah are those who are made to love virtue and loving virtuous deeds is made lovely to them."

Good Manners and Conduct 
Al-Tirmidhi narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved by me and the nearest to me on the seats on the Day of Resurrection are those who have the best manners and conduct amongst you, who are intimate, are on good terms with others and are humble, and the most hated by me and who will be on the furthest seats from me are those who are talkative and arrogant."

Love of Allah is the basis of worship that should be directed to Him alone. Any other love should be for His sake too. The real love of Allah is to do whatever He ordained and to abandon whatever He forbade, in addition to following the Prophet's Sunnah.

Whoever obeys someone or something other than Allah and His Messenger, or follows any saying other than theirs, or fears other than Allah or seeks the pleasure of other than Allah, or puts his trust in other than Him, does not love Allah, nor does he love His Messenger. Muslims should also love one another and wish the best for one another. Allah's Messenger (peace be upon him) said:

"One will not be a true believer unless he loves for his brother what he loves for himself." (Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmed and Ibn Majah)

Imam Malik and Imam Ahmed narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah said: My love is due to those who love one another for My sake."


Source: 4newmuslims.org 

Sunday, May 17, 2009

Melihat masalah secara mikro

03.10.2003 [Portal Pendidikan Utusan]
Oleh: Wahid Hashim

DARAB, bahagi, campur dan tolak dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah-sekolah masih belum bertemu rumusnya. Konsep pengetahuan, kemahiran dan nilai hanya tercerna dalam item-item kertas soalan, tetapi bukan di dalam diri pelajar.
Pelajar yang tidak berpengetahuan, tidak menguasai sebarang kemahiran atau masih kabur apakah nilai-nilai pada dirinya, juga boleh menduduki kertas soalan peperiksaan. Mereka gagal, dan akhirnya menjadi produk sistem pendidikan yang tidak menunjukkan contoh yang baik. Skor mata pelajaran yang dinilai dengan 1A, 2A atau 12 A, tidak memberi sebarang makna kepada pelajar.

Pada hakikatnya, berapa `RM' lebih bernilai daripada berapa `A'. Mungkin kerana itu, pelajar- pelajar lebih berminat bekerja sebagai pembantu pam minyak, promoter pusat-pusat membeli belah atau pelayan restoran-restoran segera berbanding menghabiskan persekolahan sehingga ke tingkatan lima.

Kejayaan akademik ada nikmatnya, tetapi ia bersifat abstrak, bukan maujud. Ia nampak di mata, tetapi tidak boleh dirasa dengan tangan.

Kita masih gagal mentamsilkan kejayaan dengan objek lain selain daripada duit.
Di Malaysia, konsep kausal dalam pendidikan tidak jelas. Ia mungkin ada kaitan dengan kegagalan kita menyampaikan maksud dengan jelas dan berterus-terang.

Falasi adalah darjah keralatan ketika menyampaikan sesuatu mengikut logik.
Untuk menjelaskan kelogikan, perlu ada tesis, premis utama, premis kecil dan kesimpulan.

Cuba kita lihat retorik politik dan penerimaan oleh pelajar. Kita sering menggambarkan negara kita kaya, makmur, dan selamat.

Premis utama yang boleh diterima oleh para pelajar dan guru-guru kita ialah negara kita makmur, negara kita kaya, pemimpin kita berwawasan, dan negara selamat.

Premis kecil pula ialah kita tinggal di negara ini, maka kita juga kaya, kita juga selamat dan kita juga (konon-kononnya) berwawasan dan oleh itu kita juga makmur.
Akhirnya, pelajar menjadi selesa.
Secara tidak langsung, maka di sekolah-sekolah kita diajar logik-logik yang seperti ini.

Pada hakikatnya, kesedaran politik berkali-kali ganda lebih hebat daripada kesedaran untuk survival.

Inilah bahayanya priming, ideologi, propaganda, pemujukan dan framing kalau tidak disalurkan kepada tujuan yang sebenar-benarnya dalam sistem pendidikan.

Tanpa kita sedari, dalam satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah, berlaku fenomena petitio principii, atau kebenaran kepada sesuatu kesimpulan tidak dibuktikan dengan bersungguh-sungguh, kecuali sekadar menjangkakan kebenaran itu di bahagian-bahagian tertentu penghujahan.

Hal ini menyebabkan berlaku salah tanggapan di kalangan pelajar.Sebagai contoh, kita menceritakan secara terperinci apa yang boleh kita beli dengan duit yang banyak, tetapi tidak boleh dihuraikan bagaimana untuk mendapat duit yang banyak.

Begitu juga adakalanya berlaku ungkapan samar atau ekuivokasi dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.Sebagai contoh kita mengadakan aktiviti Bulan Kemerdekaan di sekolah.
Kita mengarahkan pelajar membuat bendera terpanjang, sambil berkata, nanti nama sekolah kita naik atau nanti nama kelab pengawas harum kerana tercatat dalam Malaysian Book of Records atau sebagainya.

Kita tidak berkata, "Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara, dan siapnya sebuah bendera terpanjang bermakna kita mendaulatkan Jalur Gemilang dengan cukup bersungguh-sungguh."

Falasi yang paling nyata dan kerap berlaku ialah non sequitur, atau secara literalnya boleh diterjemahkan sebagai "ia tidak sepatutnya begitu."
Lihat contoh berikut:
"Kamu akan gagal kalau tidak belajar bersungguh-sungguh; sekolah ini akan berasa malu kerana peratusan lulus pelajarnya akan jatuh."Barangkali kita setuju dengan kebenaran kenyataan kedua, tetapi ia tiada apa-apa kaitan dengan kesimpulannya.
Begitu juga, fenomena non sequitur berlaku apabila sistem pendidikan hendak melahirkan pelajar yang holistik dan menyeluruh, namun pentaksiran peperiksaan lebih berminat untuk menguji pengetahuan dan kemahiran, dan menekankan format.
Selain itu, kerap juga berlaku kesalahan analogi.

Kita bukan menjadikan analogi sebagai percontohan, tetapi sebagai bukti.
"Kamu jangan degil, nanti kamu jadi seperti Ali, dulu rajin kemudian malas, dan akhirnya gagal seperti kamu."Lebih baik ditunjukkan markah yang merosot berbanding menjadikan orang lain sebagai contoh yang negatif.Malah guru meminta muridnya diam, dan mengherdik:"Saya suruh diam kenapa tidak mahu diam? Saya belasah nanti baru awak tahu. Sekarang banyak kes belasah-membelasah di asrama penuh."
Guru salah mengaitkan kata kerja belasah dengan motif asalnya, iaitu meminta pelajar diam, dan kes gangsterisme di sekolah berasrama.

Kita sering juga menunjukkan kejahilan terhadap bukti. Fenomena Ignorantio Elenchi ini berlaku kerana kita kekurangan fakta atau kemahiran untuk membuktikan sesuatu.
Sebagai contoh, kita hendak membuktikan bahawa malas menyebabkan kegagalan. Kita mengemukakan statistik pelajar malas dengan keputusan peperiksaan mereka.
Tetapi, kita tidak menghuraikan bagaimana malas boleh menyebabkan pelajar gagal.
Bagaimana kita mentamsilkan kejayaan akademik dengan objek lain, selain daripada RM, merupakan perkara yang harus difikirkan bersama-sama.
Kita sebenarnya masih tercari-cari rumus yang sesuai supaya pelajar berminat datang ke sekolah dan mahu belajar bersungguh-sungguh.

Saturday, May 16, 2009

HARI SUKAN 2009

Info:
HARI SUKAN 2009 TADIKA NURSYIFA
TARIKH : 16 MEI 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TGH
TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN, JITRA.





Friday, May 15, 2009

The Maal Hijrah award

Wednesday February 1, 2006

The Maal Hijrah award
PETALING JAYA: The national ``Maal Hijrah Award'' was introduced 1987, in appreciation of outstanding individuals who contributed enormously to the development of Islam in the country.

To be considered for the award, the individuals must be known for their exemplary behaviour and have extensive knowledge of Islam. The candidates' leadership must also be well accepted by the community.

Since its inception, 16 individuals had received the award with the first recipient being the late Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf al-Marbawi. Several corporate figures had also been bestowed with the recognition.

They include the late Raja Tun Mohar Raja Badiozaman in 1992, while academician Royal Prof Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid received it in 1997.

Penang

Septuagenarian Gayah Osman, 70, was accorded the Penang "Ibu Mithali" (Exemplary Mother) award. Gayah gave up her teaching career in the early 1950s to look after her 10-school going children.

She had to work night and day to send her children to school after her husband ended their 26 years of marriage.

“I feel so happy today. All my life I worked hard and parental care is important,” said Gayah.

Abdullah Abdul Rahman, 71, was given the Bapa Mithali (Exemplary Father) award.

The father of five is actively involved in community works especially in drug rehabilitation efforts. He is also a member of the Bagan Ajam Village Safety and Security Committee.

Datuk Ibrahim Yahaya - the former Kedah and Pahang education director was named the state’s Tokoh Maal Hijrah.

Irman Kang Abdullah, 46, a Muslim convert, was given the Saudara Kita award. Irman, of Chinese origin from Jelutong, is a businessman.

Jamiul Badawi Mosque in Kepala Batas received a special award with cash prize of RM5,000, for being the best mosque in the state.

Negri Sembilan

Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin was named Tokoh Maal Hijrah.

Born on Jan 25, 1955 in Kuala Pilah, S.M. Nasimuddin started working in a transportation company and started his own business in 1976 by selling reconditioned cars. Subsequently, he expanded his business and founded the Naza group of companies.

He is now a well-known figure in the automotive industry.

“It was a big surprise and I am very happy to be given the award. It means a lot to me and I am very proud to be from Negri Sembilan,” he said after receiving the award.

Former Telekom chairman Tan Sri Rashdan Baba, Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin, Professor Datuk Dr Baharudin Yatim of Universiti Kebangsaan Malaysia and Chief Judge of Malaya Tan Sri Siti Norma Yaakob received the special awards.

Perak

Universiti Kebangsaan Malaysia Associate Professor Datuk Dr Siddiq Fadzil was given the Tokoh Maal Hijrah award.

Corporate figure, Tan Sri Basir Ismail received a special Maal Hijrah award for the establishment of Masjid Ikhwaniah - a RM2mil mosque in Simpang, Taiping

Kedah

Retired teacher and freelance religious speaker Syeikh Abdul Hamid Md Tahir, 64, was named this year’s `Tokoh Maal Hijrah’ for Kedah. Syeikh Abdul Hamid, from Kampung Tanjung in Kupang, Baling, was chosen for his contributions in propagating Islam and holding Quran recital classes. He was also involved in a Kedah FM radio programme to teach Quran reading to the listeners.

“I am honoured to receive the award as it shows that the state acknowledged my contributions,” he said.

Pahang

Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, 60, received the Maal Hijrah Peronality award. The Universiti Malaya Islamic lecturer comes from Temerloh.

MyProfile

Thursday, May 14, 2009

Terapi Fizikal dan Jiwa Melalui Ibadah Solat

(Pengenalan aspek-aspek terapeutik ibadah solat)
oleh Rika Agustina Daulay

PENDAHULUAN
Solat adalah suatu kegiatan fizikal-mental spiritual yang memberikan makna bagi hubungan antara seorang muslim dengan Allah, dengan sesama manusia maupun diri sendiri. Lebih daripada itu, dengan solat Allah swt merealisasikan kasih sayang-NYA pada manusia agar mereka hidup dalam kebahagiaan. Kerana solat akan menjadi sumber kedamaian hati bagi setiap insan yang melaksanakannya dengan khusyu', penuh khidmat dan semata-mata kerana Allah swt.

MAKNA SOLAT
Firman Allah swt dalam surat At-Taubah ayat 1 yang ertinya berbunyi; “(Inilah pernyataan) pemutusan perhubungan dari Allah dan rasul-Nya (yang dihadapkan) kepada orang-orang musyrikin yang kamu kaum muslimin telah mengadakan perjanjian (dengan mereka)”.
Secara etimologis solat mengandung erti berdo'a memohon kebaikan dan pujian. Sedangkan secara hakikat mengandung pengertian "berhadap hati (jiwa) kepada Allah dan mendatangkan takut kepada-NYA, serta menumbuhkan rasa keagungan, kebesaran dan kesempurnaan sang khaliq didasar jiwa. Adapun menurut pemahaman ilmu fiqh, solat merupakan rangkaian pebuatan, dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

DIMENSI PSIKOLOGI SOLAT
Segala sesuatu yang diciptakan dan diperintahkan oleh Allah tidak akan pernah luput dari kandungan nikmat-NYA. Meskipun pada hakikatnya hanya Allah jualah yang mengetahui rahsia dari ciptaan dan perintah-NYA tersebut. Namun sebagai makhluk yang dibekali dengan akal dan kemampuan untuk berfikir, manusia dituntut untuk menggali segala kenikmatan dari ciptaan-ciptaan dan perintah-perintah Allah.
Ibadah solat sebagai salah satu perintah Allah yang paling utama untuk dikerjakan, apabila kita kaji dari segi kacamata psikologi mengandung beberapa unsur terapeutik yang tidak hanya bermanfaat dari segi jasmani saja. Akan tetapi ia turut andil berperan dalam kesehatan jiwa dan pembentukan kepribadian pada diri seorang muslim. Diantara aspek-aspek terapeutik tersebut adalah sebagai berikut :

Aspek olahraga
Syaikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin, seorang pakar yang mengkaji bahawa lapan posisi gerakan yang dilakukan dalam solat memberikan kesan positif terhadap kesehatan.
Fizikal dan mental seseorang. Lapan posisi serta manfaatnya tersebut adalah sebagai berikut:

Posisi pertama; Berdiri tegak menghadap kiblat.
Pada posisi ini tubuh merasa dibebaskan dari segala beban, kerana adanya pembagian beban yang sama pada kedua kaki. Selain itu, punggung lurus sehingga akan memperbaiki postur tubuh dan pandangan dipertajam dengan memfokuskan pada tempat sujud.

Posisi kedua; kedua tangan diletakkan diatas pusar.
Kesan daripada posisi ini adalah memperpanjang konsentrasi, menyebabkan pengenduran kaki dan punggung, serta menimbulkan perasaan kerendahan hati dan kesederhanaan. Sikap yang demikian juga menunjukkan sikap relaks atawa istirahat yang paling sempurna. Dan yang lebih penting lagi, aliran darah kembali ke jantung, serta produksi getah bening dan jaringan yang berkumpul dalam kantong-kantong kedua persendian itu menjadi lebih baik, sehingga dapat menghindarkan timbulnya penyakit persendian.

Posisi ketiga; ketika ruku'
Posisi ini dapat melongarkan otot-otot punggung bagian bawah, paha dan betis. Selain itu ia juga melonggarkan otot-otot perut, abdomen dan ginjal, serta menambah kepribadian baik, menimbulkan kebaikan hati dan keselarasan batin. Gerakan ini dapat pula menghindarkan atau menyembuhkan penyakit scoliose (pembengkakan tulang punggung).

Posisi keempat; I'tidal
Pada gerakan ini darah segar bergerak naik kembali kebagian atas tubuh. Me nyebabkan tubuh ringan kembali dan terlepas dari rasa penat.

Posisi kelima; sujud
Kesan daripada posisi ini adalah mencegah pembesaran perut dibagian tengah. Menambah aliran kebagian atas tubuh, terutama pada kepala dan paru-paru. Membersihkan toksin (racun), dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, serta menghilangkan egoisme dan kesombongan. Kerana pada dasarnya gerakan ini menunjukkan ketundukan dan kerendahan hati. Pada posisi ini pula semua otot akan berkontraksi, pembuluh-pembuluh darah arteri, vena serta urat-urat getah bening akan terpicit dan terurut, sehinga peredaran darah dan limfa akan lancar. Disamping itu dapat membantu pekerjaan jantung dan menghindarkan timbulnya arteriosclerosis (pengerutan dinding pembuluh darah).

Posisi keenam; duduk antara dua sujud
Posisi ini dapat membantu menghilangkan kesan racun pada hati dan merangsang gerakan peristaltic usus besar. Pada wanita, gerakan ini akan membantu pencernaan dengan mendesak turun isi perut.

Posisi ketujuh; sujud kedua
Pengulangan sujud yang kedua kalinya dalam jangka waktu beberapa minit akan membersihkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf. Tubuh akan terasa ringan dan emosi menjadi stabil. Selain itu, penyebaran oksigen ke seluruh tubuh akan lebih lancar dan menyeimbangkan sistem saraf simpatik dan para simpatik.

Posisi kelapan; duduk tahiyat
Di saat duduk tahiyat pertama pada hakikatnya kita duduk dengan otot-otot pangkal paha. Dengan demikian tumit menekan otot-otot pangkal dan saraf pangkal paha sehinga pijitan tersebut dapat menghindarkan atau menyembuhkan penyakit saraf pangkal paha (neuralgia).
Selain daripada kesan-kesan positif tersebut, Dr. Muhammad Utsman Najati dalam bukunya Al-Qur'an wa ilmu An-nafsi menyatakan bahawa kesan lain daripada solat adalah menghindarkan dan mencegah seseorang dari kecemasan dan ketegangan saraf yang dapat menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit jiwa.

Aspek relaksasi otot
Selama kita solat, selama itu pula berlangsungnya aktiviti relaksasi otot, iaitu kontraksi otot, pijatan dan tekanan pada bagian-bagian tubuh tertentu. Diantaranya adalah bagian kepala, leher, bahu, pergelangan tangan, jari-jari, perut, tulang belakang dan punggung, paha, pinggang, pergelangan dan jari-jari kaki.
Seorang pakar mengatakan bahawa relaksasi otot ini ternyata dapat mengurangkan tingkat kecemasan, imnosia (sukar tidur), hiperaktif pada anak, dan membantu mengurangkan kecanduan merokok bagi para perokok yang ingin berhenti merokok. Adapun menurut penelitian Dr.Johana Endang Prawitasari bahawa teknik relaksasi otot, relaksasi kesedaran indera dan yoga merupakan teknik kesantif untuk mengurangkan keluhan berbagai macam penyakit, terutama psikomotis.

Aspek meditasi
Ibadah solat jika dilakukan dengan khusyu' dan penuh konsentrasi dapat menimbulkan aspek meditasi atau yoga. Beberapa hasil penelitian menegaskan bahawa solat tahajjud-solat yang dilakukan dini hari- jika dilakukan secara rutin dapat mencegah seseorang dari berbagai macam penyakit. Solat boleh mencegah naik turunnya hormone kortisol yang berperan sebagai indicator stress, sedangkan stress merupakan punca timbulnya kanser. Selain itu, seorang pakar kanser dari Surabaya juga sependapat bahawa solat-sebagai aspek meditasi-dapat meningkatkan respon imun (kekebalan) tubuh terhadap penyakit.

Aspek relaksasi kesedaran indera
Ketika solat, seseorang merasa seolah-olah sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya. Ia merasa bahawa tiada lagi penghalang antara ia dan Rab-Nya. Segala ucapan dan perkataan hanya ditujukan kepada Allah. Proses inilah yang mirip dengan proses relaksasi kesedaran indera. Relaksasi-sebagai jalan menuju alam bawah sadar-akan mengendalikan dan menyelaraskan fungsi-fungsi tubuh, seperti memompa darah keseluruh tubuh, mengendalikan pernafasan dan pencernaan. Relaksasi juga dapat mengatasi kecemasan, depresi, imnosia dan gangguan kejiwaan lainnya.

Aspek pengakuan atau penyaluran (katarsis)
Solat merupakan sarana komunikasi antara seorang hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, seseorang akan merasa bebas untuk berdialog langsung dengan Sang Pencipta, bebas mengutarakan segala keluh-kesah, serta memohon keampunan kepada-NYA. Dalam kodisi inilah seseorang tidak akan merasa kesepian, kerana ia yakin bahawa setiap saat selalu ada yang melihat, memperhatikan dan menjaganya. Satu hal yang paling penting adalah bahawa dengan perasaan seperti ini dapat membebaskan manusia dari kegelisahan, memberikan kekuatan mental dan menguatkan kemauan.

Aspek auto-sugesti atau self-hipnosis
Sesuai dengan makna etimologis solat, bacaan-bacaan dalam solat berisi hal-hal yang baik, berupa pujian, mohon keampunan, do'a, serta permohonan lainnya. Apabila ditinjau dari teori hypnosis, bacaan-bacaan tersebut memberi kesan sugesti atau hypnosis pada yang bersangkutan.

Sarana pembentuk kepribadian
Lain lubuk lain ikannya, lain orang lain pula tingkah, sifat dan kepriba diannya. Berbicara tentang kepribadian, Islam sebagai agama rahmat memberikan solusi yang tepat dalam pembentukan kepribadian seseorang, salah satunya adalah melalui solat. Solat sebagai ibadah ritual bagi seorang muslim merupakan sarana pembentukan kepribadian manusia yang bercirikan disiplin waktu, bekerja keras, mencintai kebersihan, cinta damai dan berkata baik. Kepribadian tersebut tercermin dari beberapa unsur yang mempunyai relevan dengan ibadah solat itu sendiri. Diantaranya adalah waktu-waktu yang ditetapkan untuk mengerjakan solat. Ketetapan waktu tersebut mencerminkan bahawa solat mengajarkan ummat Islam untuk senantiasa disiplin waktu dan bekerja keras. Selain itu, wudhu sebagai syarat sahnya solat mengajarkan kita untuk selalu mencintai kebersihan baik lahiriah maupun batiniah.

PENUTUP
Melihat uraian diatas, jelaslah terlihat bahawa nikmat Allah benar-benar meliputi segala perintah-NYA. Semoga dengan pembahasan aspek-aspek terapeutik solat ini dapat meningkatkan kualitas beribadah kita kepada Allah swt. âmin.
wallahu waliyyu at-taufiq.

________________________________________________________
Dimuat di buletin Generasi HMM Edisi III Jumadil 'Ula 1423 H./Juli - August 2002 M.

HIMPUNAN MAHASISWA MEDAN MESIR
MAKLUMAT STRESS , DEPRESSION
http://www.teachhealth.com/

Wednesday, May 13, 2009

Sejarah Psikologi Pembelajaran



SOALAN:
a) Apakah kaitan antara falsafah dengan psikologi pembelajaran?
b) Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah saintifik?
c) Nyatakan maksud pembelajaran

Apakah itu Psikologi?
'Psikologi' didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental organisme. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkahlaku' dan 'proses mental'.

Saintifik bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan mengikuti prosedur yang sistematik. Iaitu, dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji
2. Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data
3. Pengumpulan data & melakukan analysis data
4. Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakan hipotiesis dapat dibuktikan.

Walau pun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai inferen atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek yang dikaji adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (sperti dalam kajian biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingan lebih stabil. Manakala mengkaji tingkahlaku haiwan atau manusia memenanglah sukar dan memerlukan kerap membuat inferen atau tafsiran.


Apakah itu Pembelajaran?
Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang iklan yang kita baru tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan sesuatu perbuatan dan sebagainya.

Pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria kita:

Penglihatan
melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa

Pendengaran
mendengar ('auditory') sesuatu bunyi

Bau
Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar

Rasa
Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan masam.

Sentuhan
Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan antara permukaan licin dan permukaan kasar.


Pembelajaran tidak semestinya melibatkan penguasaan fakta atau konsep sesuatu bidang ilmu tetapi juga melibatkan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan emosi, kasih sayang, benci, hasrat dengki dan kerohanian.

Pembelajaran tidak terbatas kepada apa yang kita rancangakan sahaja, tetapi jua melibatkan pengalaman yang luar kawalan kita, seperti peristiwa kemalangan atau seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama (Love at first sight!). Pembelajaran adalah minat ramai orang; ibubapa, guru, majikan mahu pun pihak kerajaan. Oleh itu psikologi pembelajaran telah muncul sebagai satu-satunya tumpuan yang mengkaji mengapa, bila dan bagaimana pembelajaran berlaku bagai sesuatu organisme. Semua organisme mempunyai kapasiti untuk belajar selagi organisme itu mempunai otak.

Secara umum pembelajaran disifatkan sebagai suatu proses perubahan yang berlaku akhibat daripada pengalaman individu berkenaan. Tumpuan perhatian ahli psikologi ialah mengkaji bagaimana, mengapa dan bila proses pembelajaran berlaku. Contohnya, bagaimana seekor anjing datang ke mari apabila dipanggil namanya. Manusia mempamerkan pelbagai tingkahlaku dan agak sukar untuk menentukan bagaimana tingaklaku-tingkahlaku itu dipelajari. Ahli-ahli psikologi ingin mengetahui prinsip-prinsip umum yang menerangkan pembelajaran.

Falsafah dan Psikologi
Seperti bidang-bidang sains lain, psikologi berasal sebahagian daripada falsafah. Psikologi yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan umur bidang ini adalah lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan disiplin-disiplin lain. Tumpuan disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan memahami bagaimana manusia atau organisme mengetahui atau belajar. Kemudian, psikologi terbahagi-bahagi kepada sub-disiplin lain seperti psikologi perkembangan, psikologi sosial, psikologi organisasi, psikologi kaunseling dan lain-lain.

Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu, bagaimana manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan bagaimana manusia menggunakan pengetahuan itu. Mungkin teori yang tertua berkenaan pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum masihi. Menurut teoro ini kita melihat sesuatu objek and salinan objek itu terbentuk dalam minda kita. Oleh itu kita mengetahui objek itu melalui salinan yang berada dalam minda kita.

Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut mereka perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita hanya mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu adalah tepat. Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak konsep salinan dan mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek secara langsung tanpa melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan ini ialah; jika kita mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu membuat kesilapan. Contohnya, sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah seekor serangga yang sebenarnya adalah titik cat yang tertinggal.

Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak sama sekali objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea; semua pengetahuan kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.


Psikologi Awal

Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt yang pertama menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan. (attention). Hermann Ebbinghaus, seorang Jerman, merupakan ahli psikologi yang pertama mengkaji pembelajaran secara saintifik. Pada tahun 1879, dia menggunakan dirinya sendiri sebagai subjek dalam eksperimen yang mengkaji pembelajaran dan ingatan.

Beliaulah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free association) yang menguji kaitan antara perkataan yang diberikan oleh penyelidik dan perkataan yang perkataan yang berikan oleh subjek. "Nyatakan perkataan pertama yang muncul dalam minda kamu apabila saya mengatakan _______ ". Jadi tujuan psikologi ialah untuk mengkaji bagaimana manusia membuat perkaitan antara perkataan atau idea.

Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen yang menunjukkan fenomena ingatan dikalangan manusia. Dalam tahun 1885, dia menjalankan satu eskperimen yang menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih ketara pada permulaan (55% selepas 1 jam) dan berkurangan seterusnya (14% selepas 31 hari).

Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur. Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu. Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya merupakan tingkahlaku.

Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran, ingatan, pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah menjadi tumpuan ahli-ahli psikologi tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh dilihat dan sukar merekod dan mengukur dengan tepat. Oleh pada pada tahun 60an, ahli-ahli enggan menerima kajian mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh dijalankan secara saintifik. Bagaimana pun paradigma telah berubah dan dengan kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-proses mental diterima sebagai psikologi.

ASSESSMENT

Rujukan:

The Ancient Greeks: Socratis, Plato & Aristotle
by C. George Boeree, Shippensburg University, Pennsylvania.

Modern Philosophy: The Begining
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania

Psychology: The Beginning
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania

Psychology: Wundt and James
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania

Psychology: Freud and Psychoanalysis
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania

Psychology: Gestalt Psychology
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania.

The Cognitive Movement
by C. George Boeree, Shippensburg University,Pennsylvania.

Tuesday, May 12, 2009

Saturday, May 9, 2009

KESULITAN PERJALANAN HIJRAH DARI KRISTIAN KEPADA ISLAM

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini ! setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian.

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

-Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan! .
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya! gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.


Selesai penI! slaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.


Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.


Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..


6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 ta! hun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.


Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....


Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.


Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.


Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."


Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.


Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.


Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.


Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul. Kalau terminum,
cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Pepatah 6

Kedermawanan menutupi banyak kesalahan (aib).


Ubat mujarab bagi marah-marah ialah diam.


Tidak semua orang yang milik mata itu waspada.


Berita baik merayap, dan berita buruk berlari.


Penghasilan yang haram tidak akan mengembangkan pemiliknya ke arah kebaikan.


Bukti kedunguan ialah orang yang membanggakan dirinya sendiri.


Sebelum Anda menuntut hak, yakinkanlah diri Anda bahwa Anda telah menunaikan kewajiban.

Friday, May 8, 2009

ILMU

Hadis riwayat Ibn Majah:bermaksud

“Sesungguhnya apa yang mengikuti orang mukmin daripada amalannya dan kebaikannya selepas wafatnya:

Ilmu yang disebarkan,

anak yang soleh yang ditinggalkan,

atau kitab yang diwariskan,

atau masjid yang dibangunkan,

atau rumah (tumpangan) untuk ibn Sabil yang dibangunkan,

atau sungai yang dialirkan/tanaman yang ditinggalkan

atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya sewaktu hidupnya,

maka akan berterusanlah pahalanya selepas wafatnya.”




•Jgn sempitkan dgn perkara ibadat shj
Cth. Kalau berkebun,selagi tanaman masih ada dpt pahala.
Hadith:kalau sekiranya ada binatang seperti ulat,burung dan sebagainya yang memakan tanamannya,dianya tetap mendapat pahala sedekah.

•Banyakan lagi kategori lain spt;
1. Didikan dan tunjuk ajar yang baik (w/pun orangnya tdk berkelulusan tinggi)
*Kdgkala nasihat dan teguran org lain lbh berkesan daripada ilmu dlm m.pel sek.(kerapkali terlihat bhw. teladan,teguran dan nasihat berguna sgt berperanan utk mbtk peribadi muslim).
Caranya:
Galakkan kwn-kwn membaca,ulangkaji,rajin,berani kerana benar,tdk takut gagal,bertawakkal kpd Allah,rajin solat berjemaah,hindari pergaulan bebas,usaha melawan perasaan/ keinginan utk bercouple lbh-lbh lagi dlm masa ya tdk sesuai.



•RENUNGAN

-2 MINIT:
ORG YG PALING TERKESAN DLM HIDUP INI SEHINGGA ANDA BERJAYA DLM KEHIDUPAN SAMPAI SETAKAT INI???

KETAHUILAH;

Org itu akan terus mendapat pahala selagi anda masih hidup.Bahkan mendapat juga pahala generasi yang akan datang,jika mereka terkesan dari anda pula.

Kiraan pahalanya hanya Allah swt yg mengetahui...........



SUMBER RUJUKAN:Bagaimana Mendapat pahala Hidup 7000 tahun!
Hasil susunan Hj Ahmad Haris Suhaimi Terbitan HRs Consultant Singapore

Memori 2


Selepas makan kenduri, dapat pula buah tangan dari pengantin, Ceria selalu.


Ni pengantin perempuan Kecik


Menunggang Burung sambil termenung mengenangkan masa hadapan



Click n Child



Keletihan akibat memandu terlalu lama

AHLI FIKIR HINDU SERU PEMELUKNYA MENGANUT ISLAM

(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)


Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.


Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.


Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.


Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.


Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.


Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Pepatah 5

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.


Jangan melakukan pekerjaan yang tidak ada manfaatnya.


Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.


Jangan bermusyawarah dalam urusan Anda, kecuali dengan orang-orang yang takut kepada Allah.


Empat faktor yang menyebabkan seorang layak menjadi pemimpin, yakni adabnya, kejujurannya, harga dirinya dan amanahnya.

Pepatah 4

Aku tidak pernah menyesal atas kata-kata yang tidak pernah aku ucapkan, tetapi aku kerapkali menyesali ucapan-ucapan yang pernah aku lontarkan.


Menjawab kata-kata yang tidak diucapkan lebih mudah daripada menjawab kata-kata yang diucapkan.


Ucapan yang aku lontarkan menguasai diriku, sedang yang tidak aku lontarkan akulah yang menguasainya.


Anak gadis dinikahkan kalau yang melamarnya sepadan.


Tidak akan bersemayam dalam hati seorang mukmin: cinta dunia dan cinta akhirat.

Pepatah 3

Tangan yang di atas (pemberi) lebih mulia daripada tangan yang di bawah penerima).


Hak (kebenaran) mempunyai nada suara yang melebihi segala macam nada suara.


Jangan berkawan dengan kawan yang merahasiakan ilmunya terhadap kamu.


Wahai orang-orang kaya perbanyaklah pahala-pahalamu, sesungguhnya dosa-dosamu sangat banyak. Wahai orang-orang miskin kurangilah dosa-dosamu, sesungguhnya pahala-pahalamu sangat sedikit.


Wanita yang cantik tidak memerlukan pakaian (busana) yang indah.

Pepatah 2

Akal adalah pelita yang menerangi jalan.


Sebaik-baik pilihan ialah memilih kawan yang baik.


Berlakulah sopan kepada orang yang sopan dan larilah dari orang yang suka marah-marah.



Barangsiapa menyimpan rahsia peribadinya, maka pilihan ada di tangannya pilihan untuk tetap merahasiakan atau untuk membukanya).



Tidak semua perkara yang diketahui harus disampaikan (diucapkan).

Saturday, May 2, 2009

GAMBAR KAABAH BANJIR 3




Sumber : www.demimasa.cbj.net

GAMBAR KAABAH BANJIR 2





Sumber:www.demimasa.cbj.net

GAMBAR KAABAH BANJIR 1







Sumber : www.demimasa.cbj.net