CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, July 29, 2009

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular/Wabak. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama ketika menghadapi ujian ini.


Monday, July 27, 2009

Mi Udang Nur Zetty enak

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
utusanperak@utusan.com.my



TAIPING 26 Julai - Kunjungan anda ke Changkat Jering dan Bandar Bersejarah Taiping mungkin tidak lengkap jika tidak singgah di Restoran Nur Zetty Mi Udang di Batu 7, Jalan Trong-Changkat Jering di sini bagi menikmati mi udang yang dikatakan enak tiada tandingannya.Restoran yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari Tol Changkat Jering menghala ke sini, bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk setempat malah peminat makanan laut khasnya bagi mereka yang meminati udang bersaiz XL.Pengasas Mi Udang Nur Zetty , Abdul Majid Harun, 59, berkata, restoran berkenaan diusahakan kira-kira 10 tahun lalu dengan modal permulaan RM3,000 hasil simpanan sebagai pekerja Telekom Malaysia.

ABDUL MAJID Harun di hadapan pintu masuk utama Restoran Nur Zetty Mi Udang di No. 19, Batu 7, Jalan Trong-Changkat Jering, Taiping, baru-baru ini. - UTUSAN/ NORSHARUDDIN SAPIAN

''Kedai makan pertama saya usahakan terletak di tapak pasar minggu Changkat Jering kira-kira dua kilometer dari restoran sekarang.''Selepas kedai yang disewa di situ musnah terbakar pada tahun 2000, saya bertekad memulakan semula perniagaan di atas tanah milik sendiri seluas 0.4 hektar di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.Bagaimanapun jelas Abdul Majid, pada peringkat awal, perniagaan yang dijalankan itu tidak mendapat sambutan seperti di tapak lama.

Selepas hampir setahun bertahan, dia bersyukur kerana perniagaan mi udangnya kian mendapat perhatian pelanggan termasuk dari luar daerah.Menurutnya, mi udang yang dijual di restoran berkenaan berbeza dengan tempat lain berikutan ketelitiannya dalam menentukan kualiti udang yang dicampurkan ke dalam masakan.Abdul Majid berkata, bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan menu masakan yang disediakan itu, dia hanya menggunakan udang laut yang segar serta bersaiz XL sahaja.Menurutnya, dia memerlukan antara 30 hingga 60 kilogram udang segar setiap hari bagi menampung permintaan pelanggan.''Udang berkenaan diperoleh daripada pihak pembekal di Kuala Sepetang yang cukup terkenal sebagai salah sebuah pusat pendaratan udang laut segar di Perak.

''Bagi memastikan aspek kebersihan dan kualitinya terjamin, saya akan mengambil sendiri bekalan udang dari pihak pembekal sekiranya tidak sibuk di restoran," katanya.Jelas Abdul Majid, selain kesegaran dan kelazatan makanan yang disediakan, pengunjung turut berpeluang menikmati keindahan landskap yang dikelilingi puluhan pokok manggis berusia melebihi 50 tahun di sekeliling restoran tersebut. Katanya, dia sengaja mengekalkan pokok manggis berkenaan bagi mewujudkan suasana berbeza di samping memberi peluang pengunjung khasnya dari bandar melihat pokok buah-buahan itu dari dekat. Selain mi udang, restoran itu turut menyediakan pelbagai menu lain seperti puyuh goreng, mi hailam, mi goreng udang, mi lakna, nasi goreng udang, sate dan yong tau fu.

Pelanggan yang ingin merasai keenakan Mi Udang Nur Zetty yang diambil nama sempena anaknya yang kelapan itu, boleh berkunjung ke situ mulai pukul 10 pagi hingga 12 malam setiap hari.Bagaimanapun menurutnya, restoran berkenaan akan ditutup pada hari Isnin minggu kedua dan ketiga. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi 013-5152678 (Abdul Majid) atau 012-5731985 (Halimah).

Sunday, July 19, 2009

Kisah Penyu Tua

Kisah yang sepatutnya tidak berlaku,telah pun berlaku. Kononnya penyutua yang kanan laaa. Yang boleh jadi kanan pun bukannya atas kebolehannya tu. Kalau lah seekor lembu lapor diri bertugas awal satu hari darinya maka lembu itu yang akan lebih kanan daripadanya. Tak heranlah bila pelajarnya sendiri menggelarkannya macam b**i. Seramai lapan pelajar orang yang betul-betul berani dengan menggunakan nama asal. Dah pun dibuang sekolah, tak ikut prosedur pun. Kalau nak ikutkan ramai lagi yang terlibat, kalau nak disiasat rasanyer tiada lagi yang tinggal kerana hampir kesemua(Pelajar, staf dan org jabatan) tak suka akan dia. Yang nampak baik tu adalah aksi pelakon drama. Bila didepan berlakon dengan baik sekali sampai sanggup jilat p*****r, tapi bila dibelakang kutukan dan sumpah seranah diberikan kepadanya, issshhhh hina sungguh orang tua ni. Tak caya? cuba pergi tanya orang jabatan atau rakan sejawatan dengannya tentang dirinya. Pasti menarik jawapannya. Salah satu perkataan yang menarik perhatianku bila aku terdengar perkataan "Orang tua tu memang tak senonoh". Kalau nak kira berbahasa dan bermadah dialah nombor satu, maklumlaa dia kan orang bahasa. Ditempat yang elit (tapi tidak elit lagi selepas kehadirannya sebagai ketua, yang hanya menumpang nama elit jerr) setiap kali perhimpunan mengata sana, herdik sini, marah sana bagai seorang yang tidak beragama. Tapi bila ditanya siapakah yang dimaksudnya? Tak berani pulak nak mengaku. Nak kata tiada t***r, rasanye macam ada. Adakah sms yang diterima sebagai fitnah diterima bulat-bulat.

Kisah Pertama (sms)
Aku heran sebab apa warga sekolah elit(sekolah jerr elit, bukan warganya) bersikap dingin dengan kehadiranku. Hampir satu setengah tahun akhirnya terbongkar rahsia, rupanya masa aku mula mendaftar sebagai warga sekolah itu, ada seorang samdol atau mungkin juga minah dol ni kononnyer nak berdakwah pasal penglibatan diri dalam orkestra disekolah tu,dengan perkataan yang agak tegas menjatuhkan hukum dan berikrar untuk membawa perubahan perkara tersebut. Dihantarnya sms yang sedemikian rupa kepada "J"(Mamat nih dari bidang sukan dan matematik nih, bidangnya dah kira ok tu tapi hatinya kerdil) dan pada akhir sms tersebut tertera nama aku. Keadaan seolah-olah aku yang menghantar sms tersebut. Kebetulan yang si penyu tua ni pun sangat meminati bidang orkestra(mungkin dah menjadi darah daging kot, kalau dah jadi darah daging aku tak kisah, nanti bila mati nan kita talkinkannya dengan orkestra, janganlah sampai memfitnah orang). Apabila si "J" ni pergi mengadu hal kepadanya, tanpa usul periksa maka dipendam perasaan dendamnya dan benci kepadaku. Bila timbul isu ni pada satu setengah tahun kemudian, aku rasa bingung pun ada, nak tergelak pun ada, tak puas hati pun ada. Rupanya ini ceritanya yang menyebabkan terdapat warga elit bersikap dingin terhadapku.

Wahai warga yang demikian, fikirlah secara elit dan matang sikit tentang beberapa perkara:
Kalau terima berita berkenaan, sms tu dihantar oleh somebody yang nak berdakwah(tapi takut) kepada seorang lelaki (nampak luaran memang ianya lelaki) yang berkhidmat berbelas tahun lamanya disekolah yang berkenaan. Tak logik kalau aku seorang perempuan yang baru bertukar hantar sms yang demikian kepada si"J" tu dan berani pula letakkan nama aku pada sms tu. Kalau lah "J" tu betul-betul gentlemen dan lebih senior takkan dia tak berani memanggilku untuk minta penjelasan. Ni tidak, tindakanya macam pondan(rasanyer kurang lagi sbb kalau pondan pun berani bersemuka untuk tegakkan kebenaran), terus percaya sms tanpa usul periksa, tapi mungkin dia rasa gementar kot. Ni satu lagi jenis spisies yang tak bert***r. Dahsyat juga aku ni, hinggakan seorang staf senior takut(rasanyer sampai terkencing kot) bila dengar khabar angin tentang berkenaan.Pada zaman sekarang, zaman berteknologi tinggi, masih ada lagi orang yang macam tu(macam orang zaman tok nadok), tak kan tak boleh nak trace balik siapakah dalangnya. Bukankah semua medium komunikasi telah didaftarkan. Kalau orang hantar sms ugutpun sebenarnya kita boleh siasat.Haiya Bodoh betul mereka ni.Kenapa laa mereka ini dilahirkan dalam keadaan bodoh yang amat sangat niiii..


Kisah Kedua (Bacul)
Yang si penyu tua ni pula dalam perhimpunan ka, mesyuarat ka ataupun dalam mana-mana program yang dia boleh berkata-kata menjadi satu peluang kepadanya. Peluang yang bagaimana? peluang mengumpat orang, menghina orang, memperlekehkan orang dan macam-macam lagi dan dah jadi satu budaya disini. Staf yang lain tidak diberi peluang berkata-kata walaupun sepatah. Sebab tu la apa yang keluar dari mulut pengetua akan dihuraikan dan dibahas oleh orang bawahannya dan last sekali akan timbul kelemahan kepada pengetua balik, sama seperti kita meludah kelangit. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kelemahan dia yang akan terdedah. Satu jari kita menuding ke arah orang, tiga jari lagi akan menuding kearah kita. Perkataan yang menjadi kegemarannya ialah "bacul", "tahi minyak", waris keluarkan anaknya dari sekolah tu pun dia kata bacul, bacul sana, bacul sini, last sekali terdengar pula orang bawahannya pula yang panggilnya bacul atau lebih sedap lagi "PENGETUA BACUL".


Ketiga (Ikat)
Dikutuknya individu yang tidak disukainya termasuk aku diperhimpunan, pelik. Kalau di tempat lain selalunya bos akan membela pekerjanya, sbb pekerja bawahannya adalah aset yang sangat berguna, kalau pekerja bawahannya buat salah, akan dipanggil bersemuka untuk penjelasan. Ni tidak, mengata atau mengutuk diperhimpunan. Pantang lepa sikit(orang kedah kata) ada jer perhimpunan kutuk orang. Tahi Minyak betul la orang tua ni. Ingat hanya dia seorang je yang kata tahi minyak kepada orang dan orang-orang yang tidak menyukainya pula berkata sebaliknya. Cuba bayangkan kalau yang berkata kepadanya tu lebih dari 40 orang, siapa yang tahi minyak sebenarnya. Nampaknya ada orang lebih suka makan bangkai dari daging segar. Bila dah tamat perhimpunan giliran segelintir orang bawahan pula yang merebut sisa bangkai dengan saling teka dan menuduh antara satu siapakah yang dimaksudkan pengetua. Kadang-kadang tu sampai bermasam muka. dan ada pula yang mengambil mengambil kesempatan. Kadang-kadang bila kita bersemuka bertanyakan tentang itu, dia menafikan dengan kata-kata bermadah. seumpama itu lah seumpama inilah dan macam-macam lagi. Tapi bila aku dengar dari orang kanannya bahawa yang dimaksudkan pengetua adalah aku. ish munafik sungguh. Rasanye itulah mentaliti seseorang yang bekerja lebih dari 10 tahun di tempat yang sama. Lebih kurang macam budak lepasan SPM ke bawah jerr(mungkin sebab lama kot bergaul dengan pelajar spm dan dah sebati dalam dirinya). Kalau dah tak sukakan aku kenapa tawaran kenaikan pangkat aku ke Matrik ditahan. Sepatutnya orang yang paling gembira adalah dia sebab aku tidak lagi menjadi orang bawahannya(kalau betul akulah pekerja bawahannya yang bermasalah),Lagi pun surat itu adalah arahan dari pusat dan ditandatangani oleh KPPM. Bila aku ingatt balik ungkapanya , "MARAH TAPI TAK DILEPASKAN"(beza sikit dari yg sebelum ni "MARAH AKAN DITUKARKAN, SAYANG AKAN DIIKAT DAN DISANGKARKAN") Kekadang aku rasa sedikit bangga bila kehadiranku disini secara tidak langsung membawa kepada perubahan istilah. Bila aku menceritakan permasalahan ini kepada orang luar, maka semua orang akan tertanya-tanya dan merasa sangsi kepada pengetua tersebut, kredibilitinya akan semakin berkurangan. Kesian pula, silap tak silap dia berpencen dalam keadaan tak bermaruah dan aib. Sepatutnya di beri pingat "bacul terhormat" dan "ahli tahi minyak negara."
Satu hari nanti perkara ni akan berlaku kepada anak dan cucunya (Orang kesayangannya) nanti.

Saturday, July 18, 2009

Saturday, July 4, 2009

Utara: Plaza terbengkalai 28 tahun dimaju semula

ALOR SETAR: Selepas 28 tahun terbengkalai, Plaza Tunku Yaakob di Lebuh Raya Darulaman di sini akan dibangunkan semula dengan pelan pembinaan strategik untuk menjadikannya pusat komersial terulung di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pembangunan akan dibahagi kepada dua fasa untuk menempatkan pelbagai kemudahan dan ruang niaga bertaraf antarabangsa sekali gus menaikkan imej bandar raya itu di mata dunia.

"Ia akan menempatkan pusat membeli belah, ruang pejabat dan hotel bertaraf lima bintang yang bakal memangkin ekonomi Kedah dan tempoh pembinaannya mengambil masa tiga tahun.

"Projek ini akan memberi peluang kepada peniaga kecil Bumiputera dan tempatan yang ingin menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, termasuk medan selera di kompleks ini.

“Ia akan membantu menggalak dan merancakkan aktiviti ekonomi yang akan memberi pulangan kepada kerajaan Kedah," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Projek Pembangunan Semula Plaza Tunku Yaakob antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Bellview Group Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim; Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB), Jahubar Sathik Abdul Razak dan Pengarah Urusan Kumpulan Bellview Group, Datuk Sonny Ho.

Azizan berkata, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) akan menyokong segala urusan pengambilan tanah dan usaha pembangunan semula Kompleks berkenaan agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.