CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, February 12, 2009

PIBG

Semalam isteriku menceritakan tentang ada seorang waris merangkap AJK PIBG sekolah ni, kebetulan pada masa yang sama waris tersebut juga mempunyai seorang anak di sekolah menengah sains di Perlis, beliau menceritakan tentang beberapa kebaikan sistem dan pengurusan PIBG Sekolah Menengah Sains di Perlis nuuuu terutama sekali dari segi dokumentasi, dengan harapan agar sistem yang baik boleh digunapakai di sini, tapi terdapat reaksi yang kurang senang ditunjukkan oleh beberapa orang guru disini, apasal hah, mungkin tak boleh terima hakikat bahawa ada yang lebih baik dari sekolah ni, maklumlah sekolah lama dan elit pulak tu, Tapi itu dulu, sekarang sekolah macam tu dah banyak dah. Yang penting sikap orang yang berkerja didalam sekolah 'Elit' tu, biarlah seimbang, janganlah sampai nanti orang kata harap sekolah jer Elit, tapi orangnya tak Elit pun. Kalau masih ada guru yang tak reti guna komputer, hanya tahu gunting dan pelekat jer untuk buat rancangan pengajaran apa kelas.

Suka Duka Seorang Pendidik



Ruangan ini adalah untuk luahan rasa hati isteriku sebagai seorang pendidik. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang pengkhususan Bahasa Arab, isteriku terus melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan, kemudian 'posting' pertamanya pada tahun 2001 di Sekolah Menengah Felda Lasah, nun jauh di pendalaman dinegeri Perak. Pekan terdekat pada waktu itu ialah Pekan Sungai Siput. Setelah hampir setahun bertapa disana, akhirnya permohonan pertukaran diluluskan, isteriku ditempatkan di Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng. Yang paling menariknya pada hari pendaftaran disekolah baru, anak sulung kami dilahirkan. Setelah dua tahun bertugas di Gopeng, isteriku bertukar ke sekolah Menengah Sains di Perlis. Sekali lagi peristiwa pertama berulang iaitu hari pendaftaran sekolah baru adalah sama dengan kelahiran anak kedua kami. Setelah empat tahun bertugas di sekolah tersebut, permohonan pertukaran ke negeri kelahiran kami telah diluluskan, isteriku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh.