CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, June 7, 2009

Tanda Kekuasaan Allah

Check out this SlideShare Presentation:

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Check out this SlideShare Presentation:

Toyota Verso

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, June 6, 2009

Riang Indera Kayangan


Dalam kekuatan ciri persekitaran desa yang mendominasi dari hujung ke hujung tanahnya, Perlis sebenarnya menawarkan pelbagai tarikan istimewa.




SESIAPA sahaja perlu menolak ke tepi tanggapan awal tentang negeri kecil ini. Perlis sering sekadar dibayangkan sebagai laluan transit ke selatan Thailand atau destinasi pelancongan yang minimum tarikannya. Tanpa diterokai sendiri, persepsi awal sebegitu ternyata silap.

Sebenarnya, ada banyak keseronokan menanti di atas hamparan negeri yang bentuk muka buminya 30 peratus diliputi landskap gua batu kapur ini. Di atas kontur geografi seluas 810 kilometer (km) persegi ini, pengunjung boleh jatuh hati pada pemandangan sawah, tempat bersejarah, budaya, makanan dan juga masyarakatnya.

Permata Utara dengan gelaran Indera Kayangan ini menyahut seruan pelancongan dengan gaya yang tersendiri.

Mendalami sejarah

Selain Galeri Diraja di Arau, Muzium Kota Kayang yang tersergam kira-kira 12km dari Kangar penuh dengan maklumat untuk dikongsi kepada umum.

Terletak di keluk dataran bukit dan berhampiran laluan sungai, muzium ini sudah jelas bercerita tentang lokasi strategik sebuah kota istana yang sejak tahun 1651 Masihi menjadi tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis.

Pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Kedah ke-15, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah, kota yang mengangkat inspirasi 'kehidupan kayangan' itu kini dilawati generasi semasa yang mahu menyelami warisan dan kegemilangan Kota Kayang. Di makam yang bertempat di belakang muzium, pastinya doa sejahtera untuk baginda dan kerabat keluarga dapat disedekahkan.

Muzium ini banyak menyimpan penemuan arkeologi dengan sebahagian besarnya mengimbau kehidupan Neolitik 3,000 tahun lalu iaitu ketika manusia dan gua berganding akrab. Turut dipamerkan adalah koleksi barangan Kedah-Perlis yang membuka lembaran rentetan peristiwa sepanjang zaman Siam, Jepun, British dan pra-Merdeka.

Herba, anggur dan mangga

Pencinta dunia flora dan suasana segar perlu menghirup dos oksigen terbaik di Rimba Herba yang terletak di Jalan Kaki Bukit. Selain mempelajari variasi jenis tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya dalam bidang kajian dan perubatan saintifik serta tradisional, lokasi ini sempurna untuk menghayati alam sekitar.

"Kedudukan Perlis yang terletak berdekatan dengan Thailand menyebabkan negeri ini mempunyai banyak spesies tumbuhan yang mempunyai pertalian dengan ciri dan spesies tumbuhan yang terdapat di Thailand dan Myanmar," ujar pegawai taman, Che Ramadiah Che Abu Bakar.


AGENDA di Perlis (ikut arah jam dari atas kiri): Keretapi vintaj digunakan untuk membawa pengunjung ke dalam perut Gua Kelam 2; merasai kemanisan anggur di Bukit Bintang Dua; orang ramai sibuk membeli mempelam Harumanis; pulut mangga yang enak.


Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Rimba Herba merupakan sebahagian daripada 14 peratus litupan hutan negeri. Mungkin nama-nama seperti kucing galak, telinga kerbau, derhaka mertua dan juga tinggong anjing, suatu yang tidak pernah didengari atau diketahui para pelawatnya.

Siapa kata Malaysia tidak boleh mengkomersialkan penanaman anggur? White MalagaBlack OpalBlack Queen dan Loose Pleeteadalah antara jenis anggur yang diusahakan di ladang seluas kira-kira 10 hektar di Bukit Bintang Dua. Sejak mula diusahakan pada tahun 2005, sudah terdapat lebih 11,000 pokok anggur di ladang tersebut.

Kedatangan yang dirancang pasti disambut dengan taklimat mengenai pengurusan ladang, meninjau kerja-kerja penanaman dan tuaian, selain merasai sendiri keenakan anggur-anggur itu.

Rentangan jalan yang seiring dengan lengkok Sungai Batu Pahat membawa pengunjung dari ladang anggur ke ladang mempelam Harumanis. Sinonim sebagai tanda dagang produk pelancongan negeri, keunikan rasa dan aroma buahnya telah lama menjadi sebutan.

Walaupun hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac hingga Jun, hasil pengeluarannya adalah kira-kira 300 hingga 500 tan setahun.

Kalau anda mahu menikmati mangga yang harum, manis dan berisi tebal, pastikan lokasi ini menjadi agenda wajib. Sesiapa pun tidak mampu menipu panggilan selera apabila dipelawa merasai potongan mangga ini bersama pulut atau yang diproses menjadi jus atau jem.

Kelam yang indah

Simpan saja seluar jean dan barangan berlebihan di bilik hotel dan kemudian kembali dengan pakaian yang lebih selesa untuk kembara lasak! Namun, kamera jangan sesekali ditinggalkan jika destinasi seterusnya adalah ke pekan Kaki Bukit. Apa yang tersorok di situ adalah pintu masuk ke sebuah tarikan popular bertema alam semula jadi.

Gua Kelam umpama hadiah hebat bagi peminat bidang geologi. Melewati laluan yang disediakan dalam perut gua dengan lelangit tinggi ini, nostalgia dunia perlombongan bijih timah abad 30-an dihidupkan semula dalam persekitaran dingin, samar dan penuh tanda tanya.

Kalau Gua Kelam 1 yang sepanjang 370 meter membimbing langkah pengunjung dengan platform dan jambatan kayu, Gua Kelam 2 yang memegang rekod sistem gua terpanjang di Semenanjung Malaysia (3.8km) pula hanya boleh dimasuki dengan menaiki kereta api vintaj.


ATAS:IDENTITI negeri Perlis lebih mudah difahami secara keseluruhan jika pengunjung meluangkan sedikit masa untuk ke muzium dan mempelajari sejarah kewujudannya. 
BAWAH KANAN: PENEMUAN barangan arkeologi ketika membongkar tapak Muzium Kota Kayang mengimbas sejarah lampau Perlis. 
BAWAH KIRI: BANYAK spesies flora yang memiliki nama pelik dan jarang ditemui dapat dikenali jika mengunjungi Rimba Herba.





Dalam ruang yang diterangi kesan khas cahaya aneka warna, bersedialah untuk meliarkan mata ke segenap penjuru. Pasti ramai akan kagum melihat formasi batu kapur yang membentuk pelbagai rupa, warna dan tekstur.

"Gua-gua ini adalah sebahagian ciri muka bumi batu kapur di sepanjang Banjaran Nakawan di Taman Negeri Perlis. Dinamakan Formasi Batu Kapur Setul, ia dipercayai berusia lebih kurang 500 juta tahun," kata jurupandu alam sekitar dari Ronn's Adventures, Rohani Rahmani, yang turut mempromosi lokasi Gua Wang Burma dan Gunung Perlis.

Mesra keluarga desa

Di manakah seseorang boleh belajar menoreh dan memproses getah, menganyam bakul dengan daun kelapa, atau menimba ikan di sawah? Pilihan aktiviti itu boleh mendatangkan rasa kekok bagi yang tidak biasa, namun ia tetap menjadi antara aktiviti yang seronok disertai.

Hanya 35 minit dari Kangar, sebanyak 22 buah keluarga angkat di homestay Kampung Paya Guring, Pauh sedia menyambut pelancong dari dalam dan luar negara dengan pengalaman sebegitu. Kampung yang dikelilingi kawasan pertanian ini menawarkan sebanyak 34 buah bilik penginapan untuk didiami.


WALAUPUN hanya untuk merakamkan gambar kenangan, persinggahan di ladang tebu Chuping sangat dinanti-nanti pelancong.
BAWAH: JUALAN makanan kering sangat popular di arked niaga Padang Besar.


Resepsi sambutan bak kenduri, persembahan kebudayaan seperti hadrah dan berendoi, dan dihidangkan pula dengan snek tradisional seperti pulut, kuih bahulu, kuih karas dan peniram. Semua persediaan itu menunjukkan kesungguhan dan kemesraan warga kampung.

Paling menyeronokkan adalah apabila sepasang tetamu homestaydipilih secara spontan untuk disandingkan di pelamin. Tersipu-sipu atau berdebar-debar? Pedulikan sahaja perasaan itu kerana keraian besar-besaran akan berlangsung melalui acara perkahwinan olok-olok.

Padang Besar dan tebu Chuping

Ritual membeli-belah di Perlis pastinya tertumpu di lokasi berdekatan sempadan Thailand. Kalau tidak di kompleks bebas cukai Emas Kerajang, tentu ringgit akan dibelanjakan di arked niaga Padang Besar.

Dibuka setiap hari dan bertambah sibuk pada hujung minggu, barangan popular yang menjadi rebutan adalah seperti pinggan mangkuk, makanan kering, pakaian lelaki dan wanita, barangan dekorasi serta banyak keperluan kediaman. Cuma ingat, jangan cepat mengaku kalah dalam permainan tawar-menawar


SAMBUTAN meriah yang dipersembahkan oleh kumpulan muzik kebudayaan kampung. 
BAWAH: SELAIN menyertai aktiviti di dusun dan sawah, acara perkahwinan olok-olok turut memeriahkan suasana penginapan di homestay Kampung Paya Guring.

Laluan perjalanan pulang dari Padang Besar lazimnya akan melalui daerah Chuping. Saraf mata bagaikan diulit rasa nyaman tatkala melihat pemandangan saujana ladang tebu Chuping yang seluas 22,000 hektar. Hamparan hijaunya melata hingga ke garis horizon.

Musim menuai di antara bulan Disember dan Jun, warna hijau itu akan perlahan-lahan bertukar menjadi kuning atau keperang-perangan. Inilah masanya melaras lensa kamera untuk merakamkan panorama alam dan juga aksi tersendiri di lorong antara baris tebu itu. Alangkah seronok kalau ada gerai menjual air tebu segar di situ!



















Menjejaki puncak Adam

KOSMO,HORIZON, 6 JULAI 2009

Oleh ABD RAHIM RAHMAT

Kesempatan berada di atas puncak tidak disia-siakan apabila ada dalam kalangan anggota kembara melaungkan azan, bersolat sunat, berzikir dan membaca al-Quran.

PEMANDANGAN puncak Adam diseliputi awan dan kehijauan yang menawan hati pendaki.

SEJARAH turunnya Nabi Adam a.s di puncak Adam yang dipercayai terletak di Sri Lanka dan kesan tapak kakinya menjadi misi utama kami untuk menawan puncak di ketinggian 2,243 meter (7,359 kaki) dari paras laut ini.

Lebih menjadikan kami tidak sabar untuk menjejak kaki ke puncak itu adalah ia bukanlah sebarang tempat, sebaliknya dikatakan sebuah gunung yang mempunyai pemandangan yang sangat indah.

Di situ juga terabadinya tapak manusia yang panjangnya 5 kaki 7 inci dan lebar 2 kaki 6 inci. Pengembara Arab mendakwa tapak kaki itu milik Nabi Adam a.s.


BEKAS tapak kaki Nabi Adam a.s di puncak Adam, Sri Lanka.













Friday, June 5, 2009

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Pada 3-5 Jun 2009
Dihadapan Anjungan Beach Resort sebelum mula aktiviti mandi laut.
Siap sedia nak mandi dah ni...........
Berehat setelah habis pusingan pertama
Bersedia untuk pusingan seterusnya.

Peniaga dikesan campur aduk jual ayam sembelih, cucuk

Berita Harian
Sabtu, 06 Jun 2009|12 Jamadilakhir 1430

ALOR SETAR: Umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli ayam berikutan ada segelintir peniaga bertindak mencampurkan ayam disembelih dan dicucuk ketika dijual.Perbuatan peniaga terbabit terbongkar dalam satu operasi khas yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan di Pasar Tunku Abdul Halim, Jalan Teluk Wanjah, di sini. 

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, berkata peniaga terbabit berusia 60 tahun dan bukan beragama Islam dikesan menjual ayam yang disembelih dan dicucuk secara bercampur aduk menyebabkan kemungkinan pengguna beragama Islam terkeliru.

"Kemungkinan ada pengguna beragama Islam terbeli ayam yang dicucuk kerana ia dicampur aduk dengan ayam disembelih. 

"Berikutan itu, MBAS membatalkan lesen peniaga terbabit sebagai peringatan supaya tidak mengambil remeh perkara berkenaan. Kita turut merampas 63 ekor ayam daripada peniaga terbabit," katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, operasi itu dilakukan selama kira-kira tiga jam bermula jam 3 pagi semalam di beberapa lokasi, termasuk Pasar Besar Alor Setar dan Pasar Kampung Berjaya.

Khazali berkata, dalam operasi itu pihaknya turut mengeluarkan kompaun maksimum RM300 kepada 12 peniaga ayam kerana tidak mematuhi syarat kebersihan yang ditetapkan serta tidak memiliki lesen. 

Katanya, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

"Peniaga yang didapati mengabaikan aspek kebersihan tempat penyembelihan diarah menutup perniagaan selama dua minggu bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan. MBAS akan memantau kerja pembersihan berkenaan sebelum mereka dibenarkan beroperasi semula. 

"Kita juga mengarahkan peniaga yang tidak memiliki lesen mengemukakan permohonan sebelum dibenarkan meneruskan perniagaan," katanya.

Monday, June 1, 2009

Limau Bali Jelapang Padi

Oleh SHAH NIZAM OMAR

Terdapat kira-kira 15 buah gerai menjual limau Bali di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Kampung Padang Halban, Changlun, Kedah.


HALIJAH OMAR menunjukkan isi buah limau Bali yang berwarna merah.


SIAPA yang tidak mengenali limau Tambun atau limau Bali yang begitu popular di Perak? Sudah menjadi satu kemestian bagi orang ramai yang singgah di Ipoh untuk membeli limau Bali sebagai buah tangan apabila berkunjung di bandar raya ini.

Namun, jangan terkejut jika limau Bali juga popular di negeri Kedah Darul Aman yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi di Malaysia.

Jika anda melalui Lebuh Raya Utara- Selatan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke bandar raya Alor Setar, Kedah, jangan lepaskan peluang berhenti sebentar di situ.

Ini kerana terdapat kira-kira 15 buah kedai menjual limau Bali di sepanjang lebuh raya itu di kampung berkenaan.

Anda juga tidak perlu risau tentang kebarangkalian buah limau Bali itu tidak dijual kerana ia berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim.

Menurut salah seorang penjual, Halijah Omar, 61, limau Bali dari negeri ini tidak kurang popularnya dalam kalangan pengunjung luar.

Katanya, faktor lokasi jualan yang terletak di laluan utama ke pulau Langkawi melalui jeti Kuala Perlis dan kewujudan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Utara Malaysia menyebabkan kawasan gerai jualan limau Bali ini tidak putus-putus menerima kunjungan ramai.


GERAI menjual limau Bali di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Kampung Padang Halban, Changlun, Kedah.