CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 24, 2009

MUTIARA KATA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PEMIMPIN & PENGURUS

Mereka umpama tangan kiri dan kanan
Pemimpin menentukan, pengurus melaksanakan.
Setelah ditentukan ‘apa’ & ‘mengapa’
Barulah diuruskan ‘bagaimana’ dan ‘bila’?

NIAT & MATLAMAT

Niat mengawal langkah ke arah yang tepat
Matlamat menjamin langkah agar sentiasa kuat.
Berhati-hatilah dengan mukaddimah
Kerana ia berupaya menentukan natijah.

MISI & REALITI

Fikiran menukar imaginasi menjadi visi
Hati menterjemah visi menjadi misi
Usaha menggerak misi mencipta realiti
Kecemerlangan – sinergi hati, akal dan emosi.

RISIKO & KEUNTUNGAN

Siapa yang tidak sanggup menanggung kepahitan
Tidak akan dapat merasai kemanisan.
Tak kan terjangkau rahsia lautan
Jika pelayar gentar meninggal daratan.

MERUNTUH & MEMBINA

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu ejekan sudah cukup menimbulkan rasa benci
Membina mengambil masa
Meruntuh sekelip mata

PERBEZAAN & KEKUATAN

Perbezaan umpama jari-jari tangan
yang besar, kecil, pendek dan panjang
Sama-sama memberi kekuatan
…untuk menggenggam kejayaan.

TELINGA & MULUT

Tuhan jadikan dua telinga, dua tangan … satu mulut
Agar kita lebih mendengar dari bercakap
Banyak beramal …
Kurang mengumpat.

IBADAT & KHIDMAT

Kesenangan pada hemat dan berkat
Ketenangan pada ibadat dan khidmat
Untung dunia, untung akhirat
Akrab dengan tuhan, rapat sesama insan.

NIKMAT & RAHMAT

Sedikit yang mengingatkan
Lebih baik dari banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat
Mengundang limpahan rahmat

No comments:

Post a Comment