CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 9, 2009

Pepatah 6

Kedermawanan menutupi banyak kesalahan (aib).


Ubat mujarab bagi marah-marah ialah diam.


Tidak semua orang yang milik mata itu waspada.


Berita baik merayap, dan berita buruk berlari.


Penghasilan yang haram tidak akan mengembangkan pemiliknya ke arah kebaikan.


Bukti kedunguan ialah orang yang membanggakan dirinya sendiri.


Sebelum Anda menuntut hak, yakinkanlah diri Anda bahwa Anda telah menunaikan kewajiban.

Friday, May 8, 2009

ILMU

Hadis riwayat Ibn Majah:bermaksud

“Sesungguhnya apa yang mengikuti orang mukmin daripada amalannya dan kebaikannya selepas wafatnya:

Ilmu yang disebarkan,

anak yang soleh yang ditinggalkan,

atau kitab yang diwariskan,

atau masjid yang dibangunkan,

atau rumah (tumpangan) untuk ibn Sabil yang dibangunkan,

atau sungai yang dialirkan/tanaman yang ditinggalkan

atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya sewaktu hidupnya,

maka akan berterusanlah pahalanya selepas wafatnya.”




•Jgn sempitkan dgn perkara ibadat shj
Cth. Kalau berkebun,selagi tanaman masih ada dpt pahala.
Hadith:kalau sekiranya ada binatang seperti ulat,burung dan sebagainya yang memakan tanamannya,dianya tetap mendapat pahala sedekah.

•Banyakan lagi kategori lain spt;
1. Didikan dan tunjuk ajar yang baik (w/pun orangnya tdk berkelulusan tinggi)
*Kdgkala nasihat dan teguran org lain lbh berkesan daripada ilmu dlm m.pel sek.(kerapkali terlihat bhw. teladan,teguran dan nasihat berguna sgt berperanan utk mbtk peribadi muslim).
Caranya:
Galakkan kwn-kwn membaca,ulangkaji,rajin,berani kerana benar,tdk takut gagal,bertawakkal kpd Allah,rajin solat berjemaah,hindari pergaulan bebas,usaha melawan perasaan/ keinginan utk bercouple lbh-lbh lagi dlm masa ya tdk sesuai.



•RENUNGAN

-2 MINIT:
ORG YG PALING TERKESAN DLM HIDUP INI SEHINGGA ANDA BERJAYA DLM KEHIDUPAN SAMPAI SETAKAT INI???

KETAHUILAH;

Org itu akan terus mendapat pahala selagi anda masih hidup.Bahkan mendapat juga pahala generasi yang akan datang,jika mereka terkesan dari anda pula.

Kiraan pahalanya hanya Allah swt yg mengetahui...........



SUMBER RUJUKAN:Bagaimana Mendapat pahala Hidup 7000 tahun!
Hasil susunan Hj Ahmad Haris Suhaimi Terbitan HRs Consultant Singapore

Memori 2


Selepas makan kenduri, dapat pula buah tangan dari pengantin, Ceria selalu.


Ni pengantin perempuan Kecik


Menunggang Burung sambil termenung mengenangkan masa hadapan



Click n Child



Keletihan akibat memandu terlalu lama

AHLI FIKIR HINDU SERU PEMELUKNYA MENGANUT ISLAM

(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)


Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.


Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.


Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.


Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.


Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.


Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Pepatah 5

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.


Jangan melakukan pekerjaan yang tidak ada manfaatnya.


Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.


Jangan bermusyawarah dalam urusan Anda, kecuali dengan orang-orang yang takut kepada Allah.


Empat faktor yang menyebabkan seorang layak menjadi pemimpin, yakni adabnya, kejujurannya, harga dirinya dan amanahnya.