Monday, November 22, 2010
Sup Tulang Pedas Masam
Bahan-bahan :
• 1 kilo tulang lembu
• 1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
• 1 batang kulit kayu manis
• 1 biji buah pelaga
• 1 kuntum bunga lawang
• cili padi secukupnya (diketuk)
• 2 biji bawang merah (ditumbuk)
• 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 sdt lada hitam (ditumbuk)
• 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
• garam dan gula secukupnya
• 1 labu bawang besar (dimayang)
• bawang goreng
• daun sup/daun bawang
• air secukupnya
Cara-cara :
1.Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan garam.
2.Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili padi. Masak lagi untuk beberapa minit.
3.Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sumber:
http://dayangjack.blogspot.com/2010/05/sup-tulang-pedas-masam.html#ixzz165DQojty
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment