CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 7, 2009

RENUNGAN SEPINTAS

KESUNGGUHAN IBLIS UNTUK MENYESATKAN MANUSIA

“ ….. Ya Tuhanku, demi kemuliaan Mu aku bersungguh-subgguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabi Mu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah di tengahnya ....”


KEHAIRANAN IBLIS TERHADAP MANUSIA

“…..Ya Muhammad, sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam DUA perkara iaitu:

1. Mereka mengaku mencintai Allah s.a.w. tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perkara munkar.

2. Mereka sangat benci akan tabiat ku,tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasrat ku …….”

PEMBERIAN YANG BERBEZA

(Aduan dan permintaan iblis kepada Allah)

Bil. Perkara

1 Tempat tinggal
Manusia : Dalam rumah
Iblis : Dalam tandas


2 Tempat berkumpul
Manusia : Di masjid
Iblis : Di pasar, pesta, kelab malam,tempat hiburan, majlis maksiat

3 Alunan suara
Manusia : Bacaan Al Quran
Iblis : Syair atau senikata lagu (nyanyian)

4 Siaran atau seruan (panggilan)
Manusia : Azan dan Iqamah
Iblis : Seruling dan tiup-tiupan


5 Utusan (suruhan)
Manusia : Nabi dan rasul
Iblis : Bomoh, tabib dan dukun yang mensyirikkan Allah


6 Kitab bertulis
Manusia : Al Quran
Iblis : Gincu dan tatu

7 Perangkap
Manusia : Akhlak baik
Iblis : Wanita

8 Makan minum
Manusia : Halal, bersih serta menyebut nama Allah
Iblis : Kotor , memabukkan dan tidak menyebut nama Allah


9 Kalimah harapan
Manusia : Doa
Iblis : Jampi serapah


10 Cari sahabat
Manusia : Orang alim
Iblis : Tukang sihir

Sunday, April 5, 2009


DOA PEPERIKSAAN

Allahumma Ya Rahman Ya Rahi

Pada hari ini kami menadah tangan memohon padamu agar kami diberi kekuatan dan petunjuk agar kami terus taat beramal dengan perintahmu. Ya Allah. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , Rahmatilah kerja-kerja kami mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak kami akan menjadi anak-anak yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui anak-anak kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Berilah kejayaan pada anak-anak kami yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini,Berilah mereka ketenangan, berilah mereka hikmat dan jawapan yang bernas,Lancarkanlah tangan mereka dengan jawapan yang mantap
Ya Allah kurniakanlah Kepada mereka kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri merekai dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah merekai dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami yang telah menjaga dan mengasuh kami sejak kecil, dosa guru-guru kami yang tidak pernah jemu mendidik kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

DOA STAF

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini,Hari sabtu yang permai ini ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di dewan asrama putra ini, dalam majlis perkembangan staf kali ke 2 bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ