CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul

Hari ni 9 Mac 2009 adalah maulidur rasul, kebanyakkan sekolah cuti, Waktu ni semua umat islam boleh dikatakan mengikuti acara atau program yang dianjurkan diperingkat daerah, negeri ataupun kebangsaan.Tapi ada sekolah yang tak cuti dan mengadakan programnya sendiri dengan alasan student asrama tak balik kampung pada hari tersebut.Kadangkala rasa janggal bunyinya,bila difikirkan kembali ada logiknya juga. Tak tahu lah samada program tersebut diadakan secara paksa ataupun ikhlas.Tapi cuba bayangkan kebanyakan sekolah bercuti pada hari tersebut, tapi sekolah yang ini tak pula. Manfaat cuti yang diberikan pada hari ini adalah untuk penyertaan terhadap program yang melibatkan pelbagai pihak supaya minda kita akan lebih terbuka. Kalau masing-masing mengadakan programnya tersendiri, pemikiran kita takkan kemana.Orang kedah syok sendiri. Sekolah aliran agamapun cuti pada hari ini.Tak pa la, bagus kalau macam tu, kalah sekolah aliran agama.Persoalan yang timbul apakah yang akan berlaku sekiranya kita buat program ini secara dalaman,dah la tiap-tiap hari mengadap muka tu, hari ni pun mengadap muka yang sama, penceramah yang bagus-bagus dah dipancing ke majlis yang lebih besar dan ramai penyertaannya. Majlis pun kurang meriah sebab tu ada pegawai-pegawai kanan sekolah pulang awal meninggalkan majlis yang sedang berlangsung itu. Tinggallah pegawai-pegawai yang tak kanan bersama student sehingga tamatnya program itu.

Sunday, March 8, 2009

Renungan 3

Hadis daripada Malik b. Anas , dari Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya di dunia ini, nescaya aku akan berdiri dekat dengan tempat amal dia ditimbang. ;Jika timbangan kebajikan lebih berat maka berbahagialah dia, tetapi jika timbangan kebajikan ringan nescaya aku memberikan syafaat kepadanya “

Tidak mudah untuk mendapatkan pertolongan ketika berada di Mahsyar. Susah payah di dunia ini mungkin ramai orang yang boleh menolong, tetapi jika kesusahan itu berlaku ketika amal mereka ditimbang dan mendapati kebajikannya ringan dalam timbangan, maka siapakah yang dapat menolong ketika itu jika tidak mendapat syafaat dari Nabi s.a.w. ?

Oleh itu sama-samalah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. ketika bila-bila dan di mana sahaja, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan malamnya , mudah-mudahan kita mendapat syafaat darinya ketika di Padang Mahsyar kelak.

Renungan 2

Adab belajar dan mengajar

"Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh berdiam diri di atas kebodohannya dan tidak wajarlah bagi orang berilmu berdiam diri di atas ilmunya"
(Hadis riwayat : at-Thabrani)

Hadis ini menerangkan keutamaan manusia untuk mangajar ilmu dan memberikan ilmu yang diperolehinya . Dalam usaha kita menuntut ilmu, kita dibatasi oleh beberapa adab yang mesti dipelihara . Adab-adab ini bertujuan agar ilmu yang diperolehi itu akan mendapat keredhaan-Nya . Begitu jugalah sebagai pengajar, kita juga tidak boleh lari daripada menjaga akhlak di hadapan mereka yang mendapatkan ilmu daripada kita.

Renungan 1

Tuntutlah ilmu kerana yang menuntutnya bererti berada di jalan Allah dan melaksanakan suatu amalan yang soleh ;

Yang membicarakannya bererti memuji Allah;
Yang mencarinya bererti mencintai Allah;
Yang mengajarkannya bererti memberi sedekah;
Yang menanamnya kepada sasaran yang tepat bererti berlaku setia kepada Allah.

Ilmu menjadikan pemiliknya dapat membezakan apa yang dilarang dan apa yang tidak.
Ilmu adalah sinar ke Syurga , teman di padang pasir, sahabat di kesunyian, kawan ketika keseorangan.
Ilmu membimbing kita menuju kebahagiaan, menahan kita dari kesengsaraan.
Ilmu adalah perhiasan kita bersama-sama teman;
Ilmu adalah baju besi terhadap musuh ;

Dengan ilmu :

Makhluk Allah muncul ke puncak kebajikan dan kepada kedudukan yang mulia, menghubungkan kita kepada yang paling berkuasa di dunia ini dan membantu kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan seterusnya.
(HADIS NABI SAW)

Saturday, March 7, 2009

Anak Sakit

Satu peristiwa yang amat menyedihkan telah berlaku dimana pada minggu lepas hari selasa anakku yang bongsu tidak sihat,jadi oleh kerana kami berdua bekerja,susahlah sikit untuk menjaganya, tak sampai hati la pula kalau nak dihantar ke pusat asuhannya dalam keadaan yang tidak bermaya pada pagi tersebut.Jadi isteri saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti tahunan untuk menjaganya kerana kebetulan pada hari tersebut sekolah isteri saya mengadakan hari sukan.Pada hari itu isteri saya telah ditugaskan sebagai penjaga masa.

Pada keesokan harinya apabila isteri saya tiba disekolahnya, terdengar desas-desus yang berbunyi begini "Mengapa ustazah tak hadir", "Ustazah anaknya sakit", "Amboi pandai anaknya memilih hari sakit".Terkejut saya apabila mendengarnya.Bertapa jahatnya mulut tu, Yang datangnya dari mulut seorang pendidik dan juga mempunyai anak pula tu, macamla anaknya tak pernah sakit.Dalam kumpulan tu yang bertudung labuh pun ada (sepatutnya kena jaga tingkahlaku seiring dengan ketrampilanya, iyela kita ni manusia lemah tapi itu adalah tanggungjawab kita). Sebab tu saya pernah juga terdengar komen orang kepada jenis macam nih, semakin besar atau labuhnya tudung tu semakin banyak kejahatan yang nak dilindunginya.Hah kan dah buruk tanggapan tuuu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Ada pula yang anaknya dah besar semua,mungkin dia rasa dah selamat kot.

Aku sendiri melihat keadaan anakku sebelum pergi kerja, pucat dan tidak bermaya.Kalau anak mereka(yang sedap mengata orang tu) yang sakit, isteri ambil cuti walaupun ada kelas, suamipun ambil cuti, orang gaji pun cuti semata-mata nak jaga anak. Kalau nak kira kelas lebih penting kerana itu adalah core business.Siap ada kroninya yang cukup bersimpati (bersembang sesama mereka) dengan apa yang berlaku.

Kalau nak kira sapa-sapa pun boleh menggantikan isteriku yang bertugas sebagai penjaga masa sebab menjaga masa adalah satu kerja yang cukup mudah. Tapi ada juga dikalangan guru yang sanggup menggantinya (terima kasih banyak-banyak semoga ALLAH memberkati hidup anda) Lepas bersukan, ada pula makan-makan kan best tu, hari untuk bersantai, lupakan seketika masalah kerja.Kalau nak kira logiknya anak kami yang tak pandai pilih hari untuk sakit, mengapa pilih waktu hari yang bersantai macam tu, kenapa tak pilih hari persekolahan biasa atau hari yang dibebani tugas yang banyak.Betul tak?

Apa nak buat ada orang yang macam tu,aku hanya mampu untuk menyuruh isteriku bersabar dan berdoa dan sembahyang hajat,semoga doa orang yang teraniaya akan termakbul. Ye la mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang tak boleh ditutup.Semoga orang yang terlibat mendapat pembalasan yang setimpal di suatu hari nanti. Jangan lupa! mereka (yang mengumpat sakan tu)pun ada anak juga. Satu hari nanti jangan menyesal kalau ada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku terhadap anak mereka. Ingat! apa-apa pun boleh berlaku walaupun satu keluarga ambil cuti untuk menjaganya dan ada gengnya yang bersimpati.Amiiin.....