CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, October 10, 2009

33 WANITA MENJADI MANGSA BOMOH

Oleh : Zulkiflee bin Abdul Latiff

Peristiwa dukun mencabul dan memperkosa wanita atau gadis dengan cara mendakwa mampu mengubati sebarang penyakit serta memenuhi impian mereka sudah berulang kali berlaku di Indonesia. Namun malangnya, peristiwa-peristiwa berkenaan tidak pernah dijadikan teladan oleh sesetengah wanita di nagara itu yang terus mengunjungi dukun-dukun dengan tujuan untuk mendapat pertolongan.

Akhirnya, pertolongan yang mereka harapkan tidak diperolehi, sebaliknya diri yang menjadi korban, bukan sekadar wang ringgit malah kehormatan diri turut tergadai. Itulah yang berlaku kepada 33 wanita di Cilacap, Jawa Tengah yang ditipu oleh Suryono @ Rastoni, 36, yang mendakwa seorang dukun handal yang mampu mengubat pelbagai penyakit serta dapat menjadikan mereka cantik, menarik dan menjadi perhatian ramai.

Kebodohan wanita-wanita berkenaan yang terlalu ghairah untuk memenuhi impian mereka telah memberikan kesempatan terbaik kepada Suryono untuk memperdaya wanita-wanita tersebut. Kesudahannya Suryono bukan sahaja dapat merasai kemewahan dengan memeperolehi wang daripada wanita-wanita tersebut malah juga kenikmatan batin hasil daripada memperkosa mereka.

Namun kenikmatan yang dirasai oleh Suryono tidak berpanjangan apabila lima daripada 33 wanita yang menjadi mangsanya membuat aduan kepada pihak polis. Wanita-wanita itu tanpa rasa malu mendedahkan secara terbuka kepada pihak polis bagaimana mereka terpaksa melakukan persetubuhan berulang kali dengan Suryono, kononnya bagi membolehkan permintaan mereka dikabulkan.

Perbuatan ini dilakukan dengan mengajak pelanggannya membaca doa wirid yang sebenarnya lebih mirip kepada jampi. Setelah selesai membaca jampi semua pelanggan disuruh tidur. Apabila semua sudah dibuai mimpi, Suryono akan mengejutkan salah seorang pelanggannya ke kamar mamdi atas alas an untuk mandi bunga. Setelah itu pelanggan diarahkan menanti disebuah bilik khas dan diikuti oleh Suryono yang mula memainkan peranannya. Suryono juga mengugut mangsa dengan mengatakan bahawa mangsa akan bertukar menjadi makhluk aneh atau mati dalam keadaan mengerikan sekirannya tidak melayannya. Ancaman Suryono itu betul-betul menakutkan wanita-wanita tersebut.

Namun begitu seperti mana yang telah termaktub dalam hukum karma, kejahatan tidak selamanya boleh ditutup dari menjadi kenyataan. Perbuatan jahat Suryono terbongkar hasil pengaduan lima wanita yang menjadi mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Majenang, Leftenan Muda Suratno pula berkata, jumlah pelanggan Suryono sememang banyak kerana dia dikenali pandai mengubat pelbagai penyakit. Selain itu katanya, dukun itu juga dikatakan mampu memenuhi semua harapan pelanggan,

Antarannya termasuklah memasang susuk , memberikan tangkal agar cepat dapat jodoh serta cepat kaya, jesteru itu tidak hairanlah dia sering mandapat perhatian dan dikunjungi oleh orang ramai yang sebahagian besarnya adalah wanita.

Beliau berkata bahawa selama ini kegiatan Suryono tidak dapat dikesan kerana pelanggan-pelangan tersebut diugut agar merahsiakan perkara tersebut dengan alasan keinginan mereka akan termakbul. Disebabkan itulah maka mangsa-mangsa tersebut mengambil keputusan mendiamkan diri walaupun mereka sebenarnya ragu-ragu.

Kini Suryono sedang ditahan di lokap polis Cilakap. Dia akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencabul, menipu dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Bagaimanapun penahan Suryono sudah tidak lagi bererti kepada sesetengah wanita yang telah menjadi mangsanya, namun begitu mereka berharap dukun berkenaan menerima hukuman seberat-beratnya. Kesilapan mereka memohon pertolongan selain daripada Allah dan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya telah mengakibatkan mereka merasai kesengsaraan , mungkin untuk sepanjang hayat.

RUJUKAN Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia, 5 Mac 2000

No comments:

Post a Comment