utusanperak@utusan.com.my
TAIPING 26 Julai - Kunjungan anda ke Changkat Jering dan Bandar Bersejarah Taiping mungkin tidak lengkap jika tidak singgah di Restoran Nur Zetty Mi Udang di Batu 7, Jalan Trong-Changkat Jering di sini bagi menikmati mi udang yang dikatakan enak tiada tandingannya.Restoran yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari Tol Changkat Jering menghala ke sini, bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk setempat malah peminat makanan laut khasnya bagi mereka yang meminati udang bersaiz XL.Pengasas Mi Udang Nur Zetty , Abdul Majid Harun, 59, berkata, restoran berkenaan diusahakan kira-kira 10 tahun lalu dengan modal permulaan RM3,000 hasil simpanan sebagai pekerja Telekom Malaysia.
ABDUL MAJID Harun di hadapan pintu masuk utama Restoran Nur Zetty Mi Udang di No. 19, Batu 7, Jalan Trong-Changkat Jering, Taiping, baru-baru ini. - UTUSAN/ NORSHARUDDIN SAPIAN
''Kedai makan pertama saya usahakan terletak di tapak pasar minggu Changkat Jering kira-kira dua kilometer dari restoran sekarang.''Selepas kedai yang disewa di situ musnah terbakar pada tahun 2000, saya bertekad memulakan semula perniagaan di atas tanah milik sendiri seluas 0.4 hektar di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.Bagaimanapun jelas Abdul Majid, pada peringkat awal, perniagaan yang dijalankan itu tidak mendapat sambutan seperti di tapak lama.
Selepas hampir setahun bertahan, dia bersyukur kerana perniagaan mi udangnya kian mendapat perhatian pelanggan termasuk dari luar daerah.Menurutnya, mi udang yang dijual di restoran berkenaan berbeza dengan tempat lain berikutan ketelitiannya dalam menentukan kualiti udang yang dicampurkan ke dalam masakan.Abdul Majid berkata, bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan menu masakan yang disediakan itu, dia hanya menggunakan udang laut yang segar serta bersaiz XL sahaja.Menurutnya, dia memerlukan antara 30 hingga 60 kilogram udang segar setiap hari bagi menampung permintaan pelanggan.''Udang berkenaan diperoleh daripada pihak pembekal di Kuala Sepetang yang cukup terkenal sebagai salah sebuah pusat pendaratan udang laut segar di Perak.
''Bagi memastikan aspek kebersihan dan kualitinya terjamin, saya akan mengambil sendiri bekalan udang dari pihak pembekal sekiranya tidak sibuk di restoran," katanya.Jelas Abdul Majid, selain kesegaran dan kelazatan makanan yang disediakan, pengunjung turut berpeluang menikmati keindahan landskap yang dikelilingi puluhan pokok manggis berusia melebihi 50 tahun di sekeliling restoran tersebut. Katanya, dia sengaja mengekalkan pokok manggis berkenaan bagi mewujudkan suasana berbeza di samping memberi peluang pengunjung khasnya dari bandar melihat pokok buah-buahan itu dari dekat. Selain mi udang, restoran itu turut menyediakan pelbagai menu lain seperti puyuh goreng, mi hailam, mi goreng udang, mi lakna, nasi goreng udang, sate dan yong tau fu.
Pelanggan yang ingin merasai keenakan Mi Udang Nur Zetty yang diambil nama sempena anaknya yang kelapan itu, boleh berkunjung ke situ mulai pukul 10 pagi hingga 12 malam setiap hari.Bagaimanapun menurutnya, restoran berkenaan akan ditutup pada hari Isnin minggu kedua dan ketiga. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi 013-5152678 (Abdul Majid) atau 012-5731985 (Halimah).
No comments:
Post a Comment