Thursday, February 12, 2009
Suka Duka Seorang Pendidik
Ruangan ini adalah untuk luahan rasa hati isteriku sebagai seorang pendidik. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang pengkhususan Bahasa Arab, isteriku terus melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan, kemudian 'posting' pertamanya pada tahun 2001 di Sekolah Menengah Felda Lasah, nun jauh di pendalaman dinegeri Perak. Pekan terdekat pada waktu itu ialah Pekan Sungai Siput. Setelah hampir setahun bertapa disana, akhirnya permohonan pertukaran diluluskan, isteriku ditempatkan di Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng. Yang paling menariknya pada hari pendaftaran disekolah baru, anak sulung kami dilahirkan. Setelah dua tahun bertugas di Gopeng, isteriku bertukar ke sekolah Menengah Sains di Perlis. Sekali lagi peristiwa pertama berulang iaitu hari pendaftaran sekolah baru adalah sama dengan kelahiran anak kedua kami. Setelah empat tahun bertugas di sekolah tersebut, permohonan pertukaran ke negeri kelahiran kami telah diluluskan, isteriku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment